Friday, November 07, 2008

Negeri Umar Abd Aziz: A Short Ziarah


1. Pagi tadi saya terpaksa bergegas selesai solat subuh ke KLIA. Ada flight 7.30 pagi ke negeri Umar Abd Aziz. Semasa nak boarding terserempak Ustaz Abd Ghani Samsuddin, mantan YDP PUM.

2. Flying business class, buat saya teringat Umar. Ehsan host bayar flight. Masa flight tak perasan pula AGS duduk mana. Masa nak keluar tak nampak pula dia. Barangkali AGS fly economy sehumble Umar.

3. Keluar di Balai Ketibaan, saya pergi ke tandas dahulu. Selesai urusan penting, saya keluar mencari kenderaan host. Tak nampak pun. Yang saya ternampak hanyalah wira putih Pejabat Mufti Pulau Pinang.

4. Setelah lebih 10 minit mencari, saya kembali ke dalam Balai Ketibaan. Belum sempat saya selesai mendail nombor telefon host (bertanyakan pasal kenderaan), terdengar suara seorang lelaki bertanya di belakang saya "Prof......?" Saya menoleh dan mendapati seorang anak muda memegang kertas terpampang nama saya. Saya menjawab "Ya" dan memberi salam.

5. Sewaktu ke Innova host, saya bertanya si pemandu "Baru sampai ke dah lama sampai?" Pemandu berkata "Saya dah sampai tadi. Jumpa this guy. Saya tanya nama prof, dia jawab ya. Semasa dalam kereta, dia asyik bercerita nak pergi jumpa Mufti. Saya jadi pelik. Saya kata saya dari XXX. Saya tanya balik apakah dia prof ..... Baru dia kata bukan. So saya patah balik. Hah itu dia orangnya!"

Rupanya orang itu ialah AGS. (Hairan juga saya... biasanya dia pakai gelaran Sahibus Samahah!) Lantas saya mengusik "Mentang-mentanglah hangpa dapat CM Umar Abd Aziz, hang pun cepat angkut orang yang berkopiah atau songkok putih! Kalau macam ni, lain kali saya datang pakai kopiahlah!"

Tergelak si pemandu. Rupanya dia baru sebulan bekerja dengan host.

6. Bila saya cerita kat host, dia tersengeh berkata "Hang jangan buat lawaklah!!" Bila saya kata ia kejadian betul, dia pun tergelak "Lain kali hang mai, pakai kopiah no!"

Tuesday, October 07, 2008

Bila Pula Mak Long Jadi Ah Long?

(Catatan 1 Syawal Yang Tertinggal)

1. Tahun ini adik beradik saya berkumpul di rumah (arwah) emak di selesai solat Aidilfitri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini begitulah... Walaupun di rumah ini adik-adik yang masih bujang mendiami, kami masih anggap ia rumah emak!

2. Selesai berfoto dan bermaafan, Kak Long sekeluarga berangkat ke rumah mertua di Sengkang.

3. Setelah menolong mengemas apa yang patut, saya sekeluarga berangkat ke rumah mertua saya di Sri Ramunia. Dan seperti biasa kami perlu melalui depan rumah Kak Long.

Zaujah berkata "Slow down.. kalau Kak Long masih belum ke Sengkang, kita singgah berraya sat!"

Ternyata Kak Long dah berangkat terus dari rumah emak tanpa singgah di rumahnya. Dan kami terpandang iklan ini di depan rumahnya.....

Anak saya bertanya sambil ketawa "Sejak bila pula Mak Long jadi Ah Long?"

Kami pun ketawa bersama. Dan hati saya tertanya "Tak guna betul balaci Ah Long ni! Gantung iklan ini depan surau dan rumah Kak Long saya!"

Friday, October 03, 2008

Raya Suprises

1. Just a few days before Raya, I received a beautiful and ribboned bamboo basket. A gift (bottles of yummy cookies) with a SHR card from Haji Sidi Oraza. What a suprise? Wonder "Apa anginnya"? I have only met him twice if I am not mistaken. We went for haj in the same (late last) year but failed to "terserempak" while we were there.


2. A day before Raya while crossing the busy road in front of Pasar Muar (where I bought 2 lamb legs), I heard someone called my name. His voice seems familiar. I have heard that voice many many times since I was a little boy. Then I saw this old man on a kapcai passed by in front of me. He is no other than Pak Utih, my late mother's younger brother. Unfortunately he was unable to stop his kapcai along the very busy road and I only managed to say "Oh Pak Utih!".

I told myself and my siblings that I must visit him this Raya. Unfortunately I had to spend most of my Raya break in Batu Pahat. To my Pak Utih "Selamat Hariraya & Maaf Zahir Batin. Sorry for not being able to visit you this year!" Hopefully this Raya Haji.

3. I spent the last Ramadhan and the Eid morning at my late mum's house. For the last iftar, my beloved wife prepared an Irish Lamb Stew. I asked my sister and her family to join us. Her husband loves lamb stew very much ever since he tasted it at the KK Secret Recipe. Unfortunately, they had to attend their ketupat final preparation.

My brother bought French bread to go along with the stew. My goodness, it was so delicious that my "growing" niece almost ate it all. I had to remind her to save some for her dad and mum. My brother sent some to our sister and saved a small piece for his late supper. He must have like the stew too.

4. The Raya morning my wife cooked lamb beryani. "So sedapppp" too although she forgot to add salt to the rice.

And before my sister and her family left to Sengkang, she dropped a bombshell. She indicated that our younger brother may be ready to get hitched (to his latest girlfriend). His fiancee died in a freak road accident a few days before Raya 3 years ago. He has been so depressed since the incident as our mum had just passed away 3 weeks before that.

My sister's kids mentioned about this "Malay Union" thing which I don't really understand what was the underlaying story behind it. I just could not be bothered to ask for details. But I am looking forward for "A Malay (Couple) ReUnion" as soon as possible.


5. 2nd raya we went to visit my wife's uncles and aunts. We learned that one of the uncles has been elected as an imam. What a suprise said one of the aunts.

6. We also learned that an unstable man hanged himself in Sri Medan Mosque on the last day of Ramadhan. I have never heard such case before i.e. a man hangs himself in a mosque.

Tuesday, September 09, 2008

Moving into a new neighborhood

1. Selepas zohor, saya terbaca Star latest news di Star On-line.....

Tuesday September 9, 2008 MYT 4:46:49 PM

Woman stabbed to death by robbers

SHAH ALAM: Two armed robbers who stabbed a woman hostage to death were killed in a shootout when a crack police team stormed the house that had been set ablaze by the robbers.

Two other robbers who were outside the house were arrested during the 4.45am incident on Tuesday at the D'Kayangan housing estate here.

The victim and her family members were in the midst of their morning prayers and sahur when the robbers struck.

State CPO Datuk Khalid Abu Bakar said the victim, a 41-year-old woman, had slash wounds on her throat and wrist.

“We do not know the exact cause of death yet and will wait for the post mortem report.

“The woman’s husband and two children, aged 18 and 20, escaped unharmed, “ he said.

.......

The crack police team forced their way into the house and in the ensuing shootout killed the two armed robbers. The woman was found slumped on the floor and was bleeding.

She was pronounced dead on arrival at the hospital.

It is learnt that the victim and her family members were the only family living in the new housing estate.


2. Di TV3, I noticed that rumah tersebut tidak bergrill.

3. Kejadian tersebut sungguh menyentuh hati saya. Pertamanya, saya terus teringat seorang rakan yang kebetulan baru berpindah ke D'Kayangan. Saya terus called handphonenya. Phonenya meminta pesanan ditinggalkan. Berdegup hati saya. Saya cuba pula beberapa talian di pejabatnya. Seorang wanita menjawab.

"Boleh saya bercakap dengan Che Z?"
"Ya saya..."
"Alhamdullillah. Che Z tahukah ada pembunuhan di D'Kayangan malam tadi?"
"Tidak!"
Saya sampaikan berita setakat yang faham dari Star. She told me kawasan dia berpengawal dan ramai yang dah pindah. May be the victims pindah di kawasan hujung yang baru.

Anyway, saya lega mendengar dia selamat.

4. Teringat pula saya keadaan saya sewaktu mula-mula berpindah ke rumah baru KK pada tahun 2003. Kebetulan siap tepat pada waktu saya pulang dari Australia seorang diri. Di sebelah jalan tersebut, hanya saya seorang dan rumah itu tidak bergrill. Jiran lain Cina dan rumah mereka agak jauh. Saya pindah dengan sebuah katil bujang lama pemberian seorang teman. Dan saya senantiasa meletakkan pen knife di bawah bantal (just in case ada keperluan). Memang tak senang tidur untuk beberapa bulan sementara grill siap (bila cukup wang).

5. Dan Jun lalu, saya sekeluarga berpindah ke rumah baru di kawasan perumahan baru (di pinggir KK). We were the first to move in. Di keliling kawasan tersebut, banyak pula kawasan perumahan lain. Jiran-jiran lain masuk beberapa bulan kemudian dengan perabot dan kereta baru seperti yang saya cerita sebelumnya. Syukur setakat ini belum ada apa-apa incident. Tetapi sebenarnya sesetiap malam sebelum jiran-jiran berpindah masuk saya sentiasa bimbang!

Probably tidak wise menjadi orang pertama berpindah ke kawasan perumahan baru. Namun kalau semua mengambil sikap tunggu orang lain masuk dulu, bila nak masuk rumah? Sedangkan mortgage rumah dah mula dibayar. May the victims itu terpaksa masuk kerana terpaksa keluar dari rumah lama yang telah terjual!

Dan kami memutuskan berpindah untuk menekan pemaju menyegerakan urusan CF kerana ada jiran sudah jual rumah & terpaksa menyewa kerana rumah disiapkan beberapa bulan lewat!

Semoga Allah terus memelihara keselamatan keluarga kami dan jiran-jiran di kawasan ini.

Sunday, September 07, 2008

Ramadhan

1. Sudah seminggu Ramadhan bermula. Alhamdullillah saya dapat bertemu Ramadhan lagi dan melakukan ibadah berpuasa dan tarawih.

2. Dalam seminggu ini, dua kematian di kalangan saudara dekat berlaku. Adik lelaki mertua saya dan sepupu saya, Haji Ahamad Ridzwan. Kedua-duanya tidak sempat saya iringi ke pusara mereka kerana tugas. Saya sempat balik ke Batu Pahat dan menziarahi keluarga ibu saudara zaujah sebelah malam. Dan saya mewakilkan kak long saya menziarahi keluarga sepupu.

3. Dua kematian ini mengingatkan saya kepada seorang sahabat dan zaujahnya. Beberapa minggu yang lalu, adik zaujahnya memberitahu mereka sekeluarga bahawa bapa saudara mereka sedang tenat. Mungkin tak lama. Si suami memberitahu zaujahnya bahawa mungkin mereka wajar pergi ziarah si bapa saudara itu memohon maaf dan apa yang perlu.

Si zaujah naik angin. Beliau telah lama "bengkak" dengan bapa saudaranya. Tambahan pula ada kes terbaharu, langsung bertambahlah bencinya beliau pada bapa saudaranya itu. Malah beliau mengugut si suami supaya tidak membangkitkan nama bapa saudaranya. Si suami pun akur!

Lat beberapa hari, si bapa saudara meninggal. Tiba-tiba si zaujah beriya-iya mahu pergi ziarah segera. Siap arah si suami, balik segera dan bersamanya pergi ziarah si arwah. Si suami terkejut besar! Apakah dia terasa "guilty"? Bukankah sudah terlambat untuk mereka sama-sama bermaafan?

Sewaktu menziarah, ada kerabat si zaujah memberitahu sewaktu tenat si arwah sering bertanya tentang si zaujah itu "Mana xxx, apakah dia masih berkecil hati dengan saya?" Ternyata kedua-duanya tak kesampaian bermaafan.