Thursday, April 03, 2008

Alhamdullillah...

Alhamdulilah PAS telah berjaya memerintah Shah Alam. Alhamdullillah berapa ADUN PAS juga telah terpilih sebagai Exco Selangor Darul Adil. Lebih hebat lagi bila Datuk Dr Hassan Ali telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap HAL EHWAL ISLAM, ADAT MELAYU, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.



Shah Alam ini bebas dari pawagam, kasino, bar dan lain-lain premis haram. Berkat ketegasan mantan mufti arwah Dato Ishak Baharom. Malangnya di Shah Alam ini tersergam gah kilang Carlsberg. Malah di Selangor Darul Adil ini terdapat satu lagi kilang arak (Guinness) di Petaling Jaya. Beberapa tahun dulu, al-Maunah pernah cuba meletupkan kilang ini dengan serangan mortar. Malangnya mortar-mortar jatuh di kawasan kilang tetapi tidak meletup (bimbang juga jika semua mortar ATM tidak berfungsi).

Dulu kita gah mengutuk UMNO kerana membenarkan kewujudan dua kilang arak ini. Dengan PAS menguasai Shah Alam dan portfolio Hal
Ehwal Islam saya berharap sangatlah kilang-kilang ini ditutup secepat mungkin (dan dijadikan tempat yang berfaedah) dan memastikan 7-Eleven yang dikuasai usahawan Melayu di seluruh Shah Alam dan Selangor tidak menjual arak (dan kondom) sepertimana yang telah dilakukan di Bangi. Jika ini tidak berlaku, bertambahlah airmata TG Nik Aziz. KITA MAMPU MELAKUKAN PERUBAHAN!

Wednesday, April 02, 2008

Satu Qiblat Yang Sama?


1. Pagi ini saya melihat foto serupa di beberapa buah akhbar tempatan. Gambar ini menarik dan manis kerana di belakang watak-watak utama terpapar satu replika tenunan kelambu pintu Baitullah. Kebetulan saya beberapa bulan yang lalu saya berpeluang menunaikan fardu haji di Mekah. Saya pun ada membeli memento yang serupa sewaktu di Madinah.

2. Melihat foto ini, teringatlah saya kepada beberapa foto sebelumnya. Dan terkenanglah saya pada lagu "Satu Qiblat Yang Sama" nyanyian kumpulan Rabbani.

Satu Qiblat Yang Sama

Ya Sallim Sallimna
Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih
Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia
Akal fikiran yang lengkap sempurna

Walau berbeza kasta budaya
Hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci
Sebagai panduan untuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji
Bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana
Jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza
Tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua
Sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu
Bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala
Biarlah yang Esa menghitungkannya

Buang yang keruh, ambil yang jernih
Tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara
Untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar
Tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula sesama saudara


YA ALLAH, Sallim Sallim Dinana (Selamatkan Ugamaku). Ya Allah, selamatkan negara dan bangsaku.

Thursday, March 13, 2008

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin 2

Sebelum PRU12 saya memberikan respond kepada laporan Star

PAS Offers Power-sharing Deal
Press conference by PAS vice-president Datuk Husam Musa in which he announces that the party is willing to share power with the Barisan National if it wins a substantial number of seats in Parliament.


Walaupun menang besar PAS tidak mahu berkongsi kuasa dengan UMNO waimah di peringkat nasional atau negeri. Malah di Perak, PAS enggan berkongsi kuasa dengan UMNO pemenang majoriti (>25 kerusi) membentuk kerajaan. Mereka memilih untuk bersama "musuh islam"nya (18 kerusi) dan sanggup menjadi MB Ali Baba*. Inikah berkongsi kuasa atau sanggup dikuasai asal dapat title MB?

*Star melaporkan istiadat MB Ali Baba ditangguhkan petang tadi.

Janji Diana 2

MasyaAllah....berbondong-bondong yang pulang ke Serambi Mekah untuk booking tiket ke syurga. Seorang anak muda memberitahu ia ambil duit dari UMNO dan PAS. Dapat RM400+ dan seorang sahabatnya dapat RM1000. Dua-duanya memilih tiket ke syurga. Gembira sungguh katanya PAS menang di Kelantan & Kedah tapi sedih Penang & Perak terlepas ke DAP. Saya kata Penang sudah jadi abu. Silverland, KL dan Darul Ehsan dah terbakar.

Saya bertanya kepadanya "Kalau ia duit rakyat, berhakkah kita menerimanya?" Jawabnya "Hmmmm... tak pernah pula terfikir sampai situ. Hmmmm saya akan guna duit itu beli barang-barang bukan makanan!"

Wednesday, March 12, 2008

Ketua Angkasawan

1. Lepas PRU saya tak berkesempatan memblog. Sibuk dan PC diserang virus.

2. Kemarahan rakyat marhaen menyaksikan 3 negeri Melayu jatuh sementara satu yang dulunya jadi arang sudah jadi abu.

3. Anihnya di satu negeri itu, YB ulama tidak bersedia bersatu dengan 20an YB Umno membentuk kerajaan. Mereka lebih reda tumpang Solyutz PAP 2* dikawal Timbalan Ketua Angkasawan. [Solyutz PAP 1 dah berlepas dengan diketuai Angkasawan Guan Eng]. Mereka sanggup tumpang jadi Ketua Angkasawan Solyutz PAP 2. Lebih tepat MB Kerajaan Ali Baba. Ini yang saya tidak faham. Perjuangan Islam jenis apakah itu?

4. Seorang adik telah menghantar kepada saya lirik lagu "Anak Kecil Main Api" nukilan now Tan Sri Nordin Kardi VC UUM. Saya berpendapat liriknya perlu diubah. Cadangan saya adalah seperti berikut....

Emak Bapa main api
Terbakar tiga negeri (jadi abu satu negeri),
Kita bervasant panchami bertakbir "Makkal Sakthi!"
Datok nenek Merdeka apa peduli

Nenek moyang dulu juang merdeka
Pasti kan masuk keranda
Akibat sengketa sesamalah kita
Anak cucu cicit kita kan merasa

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Gajah sama gajah berperang
Naga dan gagak yang menang

Masa depan anak cucu cicit kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Udah hilang maruah peribadi

Kini kita makin hilang kuasa
Yang akan menegakkan ugama
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Mertabatkan Islam di Nusantara 3x

*Perhatikan saya type PAP