Thursday, April 03, 2008

Alhamdullillah...

Alhamdulilah PAS telah berjaya memerintah Shah Alam. Alhamdullillah berapa ADUN PAS juga telah terpilih sebagai Exco Selangor Darul Adil. Lebih hebat lagi bila Datuk Dr Hassan Ali telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap HAL EHWAL ISLAM, ADAT MELAYU, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.



Shah Alam ini bebas dari pawagam, kasino, bar dan lain-lain premis haram. Berkat ketegasan mantan mufti arwah Dato Ishak Baharom. Malangnya di Shah Alam ini tersergam gah kilang Carlsberg. Malah di Selangor Darul Adil ini terdapat satu lagi kilang arak (Guinness) di Petaling Jaya. Beberapa tahun dulu, al-Maunah pernah cuba meletupkan kilang ini dengan serangan mortar. Malangnya mortar-mortar jatuh di kawasan kilang tetapi tidak meletup (bimbang juga jika semua mortar ATM tidak berfungsi).

Dulu kita gah mengutuk UMNO kerana membenarkan kewujudan dua kilang arak ini. Dengan PAS menguasai Shah Alam dan portfolio Hal
Ehwal Islam saya berharap sangatlah kilang-kilang ini ditutup secepat mungkin (dan dijadikan tempat yang berfaedah) dan memastikan 7-Eleven yang dikuasai usahawan Melayu di seluruh Shah Alam dan Selangor tidak menjual arak (dan kondom) sepertimana yang telah dilakukan di Bangi. Jika ini tidak berlaku, bertambahlah airmata TG Nik Aziz. KITA MAMPU MELAKUKAN PERUBAHAN!