Wednesday, April 02, 2008
Satu Qiblat Yang Sama?
1. Pagi ini saya melihat foto serupa di beberapa buah akhbar tempatan. Gambar ini menarik dan manis kerana di belakang watak-watak utama terpapar satu replika tenunan kelambu pintu Baitullah. Kebetulan saya beberapa bulan yang lalu saya berpeluang menunaikan fardu haji di Mekah. Saya pun ada membeli memento yang serupa sewaktu di Madinah.
2. Melihat foto ini, teringatlah saya kepada beberapa foto sebelumnya. Dan terkenanglah saya pada lagu "Satu Qiblat Yang Sama" nyanyian kumpulan Rabbani.
Satu Qiblat Yang Sama
Ya Sallim Sallimna
Sallim Sallim Dinana
Ada yang hitam, ada yang putih
Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia
Akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya
Hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci
Sebagai panduan untuk hidup sejahtera
Seringkali iman akan diuji
Bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana
Jangan alpa meredah kabus dunia
Walau pandangan jauh berbeza
Tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua
Sujud ke arah satu qiblat yang sama
Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa
Tak mungkin manusia yang punya nafsu
Bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala
Biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara
Untuk menghambakan diri kepada-Nya
Kadangkala kesabaran dicabar
Tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula sesama saudara
YA ALLAH, Sallim Sallim Dinana (Selamatkan Ugamaku). Ya Allah, selamatkan negara dan bangsaku.