Wednesday, March 23, 2011
Thamby Bikin Filem
Filem Melayu berwarna yang pertama ialah tentang pahlawan2 Melaka berjodol Hang Tuah. P. Ramlee jadi hero filem tu. Sejak itu, P. Ramlee menyimpan hajat untuk mengarah filem warna. Malangnya hajatnya tak kesampaian sehingga beliau meninggalkan kita di usia yang agak muda. Barangkali kerana itu Tok Ali dan Tun Khalil ingin menjadikan hajat P. Ramlee suatu realiti. Lalu datanglah Tok Sharukh buat filem warna di Melaka Maju. Maka dapatlah Tok Sharukh baju batik tanda terima kasih. Hebat semula sejarah Melaka.
Tup tup hari ni thamby Melaka mengaku terlibat dalam penayangan filem (porno) pendek. Aisaymen... penat Tok Sharukh datang bikin filem warna. Kru pun dah keluar filem warna dengan cgi. Tapi apa kedarahnya Thamby bikin filem hitam putih? Apakah kerana tambi hanya seorang tauke getah sekarang? Tambah pula harga getah merudum 48%.