Sunday, March 20, 2011
Lega
Nampaknya doa pecah perut KS termakbul. Lega KS. Lega jugalah Soi Lek, Ron, Eli, Terry, Karl G, Karl Ib dan sekutunya... Tauke bingo Filipina pun lega! Tapi Soi Lek wajar teruskan hajat bertemu TG. InsyaAllah Soi Lek juga boleh disucikan macam Eli. Kalau dah suci, bolehlah beri bayan nanti.
___
Sinar Harian
20 Mac 2011
Lega Nik Aziz lembut hati
SEREMBAN – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh menarik nafas lega apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mula berlembut dengan isu penjualan loteri di negeri tersebut.
Karpal berkata, beliau gembira dengan hasrat Mursyidul Am Pas itu hendak mengkaji semula pelaksanaan undang-undang baru yang dibuat Kerajaan Negeri Kelantan.
“Sekarang Nik Aziz sudah bersedia berbincang mengenai hal ini (penjualan loteri) dan ia adalah perkembangan baik untuk masyarakat bukan Islam di Kelantan.
“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa beliau perlu ikut perlembagaan negara dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak,” katanya di Majlis Makan Malam Sambutan 45 Tahun DAP di Senawang Jaya, di sini, kelmarin.
Nik Aziz berkata kelmarin, Kerajaan Kelantan serahkan kepada penasihat undang-undang mengenai penguatkuasaan yang tidak membenarkan premis menyediakan khidmat perjudian.
Ada pihak, katanya, mempersoalkan bahawa loteri tidak memerlukan premis seperti judi lain yang lama dilarang beroperasi.
Bagaimanapun, kata Nik Abdul Aziz, Kerajaan Negeri tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendukung keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.
Hadir sama, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Dap negeri, Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Dap negeri, P Gunasekaran; Pengerusi Kebajikan Hal Ehwal Wanita DAP negeri, Wong May May dan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar.