Sunday, November 28, 2010

Perginya Seorang Ishak

1. Pagi ini (dalam pukul 10 pagi) saya menerima tag beberapa foto FB abang Sekak yang sedang hendak dikejarkan ke Hospital Keluang. Foto terakhir menunjukkan beliau di dalam ambulans menahan kesakitan. Sangat menyentuh perasaan. Saya berdoa agar beliau Allah memberikan kebaikan yang terbaik buatnya.

2. Jam 4.06 petang, saya menerima panggilan dari Fida (anaknya) bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Saya tergamam beberapa ketika. Innalillahiwainnaillahirajiun.

3. Saya berharap Kak Odah dan anak-anak tabah dan reda menerima ketentuan Allah ini. InsyaAllah rohnya akan ditempatkan Allah di tempat orang-orang yang soleh. Beliau salah seorang sepupu yang rapat dengan keluarga kami. Periang dan kelakar!

4. Sedihnya saya dan isteri masih tidak sihat untuk ke Endau mengiringi jenazah dan menziarahi keluarga beliau. Mohon maaf.

5. Kali terakhir saya bertemunya ketika pertama kali mengunjungi beliau di Endau raya yang lalu walaupun entah sudah beberapa kali berhasrat ke Endau. Siapakah lagi adik beradiknya yang masih ada? Semoga Abang Abas terus sihat!

Friday, November 19, 2010

Sampah Sungai


Anih juga. Kenapa dulu bukan main sakan sambut sampah ni masuk dalam sungai? Siap deny bukan sampah tapi berlian! Siap dicalonkan sebagai berlian terbaik untuk Malaysia dan Hulu Kelang. Malah dimurnikan dengan karamah TG (yang sedang umrah) dari Mekah. Lepas tu sampah ni siap dikencingkan anak bini tuan sungai.

Zahirnya mungkin sampah sudah terkeluar dari sungai.. tetapi toxic waste yang di"leach"nya tak nampak walaupun sungai kelihatan bersih... Ni lagi bahaya dari fizikal sampah. Namun ada juga "sampah" yang keluar sudah diangkat jadi Timbalan Pengerusi Lajnah... dan hampir dicalonkan jadi penasihat ekonomi darul carlsberg wal anchor wal tiger? Ni jenis sampah apa pula?


Ataukah Senator Dr sudah lupa diri bahawa dia pun terjun ke dalam sungai yang penuh sampah itu? Kenapa dia meluncai terjun dulu? Bila sampah berada dalam sungai, racun akan dibebaskannya. Sampai la ni sungai tu masih penuh sampah, racun dan najis. Ikan, katak dan kuda lumba pun tak boleh hidup!

Namun kadang-kadang ada orang cari makan dalam sungai yang penuh sampah.

____
Malaysiakini

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
10:32am

Kongsi 9
Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.


"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran".

Wednesday, November 17, 2010

Zakat Raya Haji

1. Seorang ipar menitip saya sejumlah wang sebelum ke Mekah untuk disampaikan kepada keluarga Maya Karin. Dah beberapa hari saya cuba contact si Maya ni. Kadang-kadang dibusykannya handphone.

2. Saya khabarkan bahawa saya perlu sampaikan titipan. Baru nak respond.

3. Hari ni saya khabarkan lagi samada saya ke rumahnya atau dia datang ke rumah saya. Dia kata dia beraya di Kapar dan nak datang ziarah. Pelik juga contact saya guna line HP yang berbeda. So saya yang kebetulan beraya di rumah ipar itu, terpaksa pulang ke rumah. Kebetulan kami tidak buat apa-apa raya ni kerana kami memasak dan menyediakan juadah di rumah ipar bersama mertua.

4. Selepas lebih 5 jam, baru dia kata tak jadi datang kerana masih beraya bersama suami baru di Kapar. Saya pun bingung sebab dia bilang dengan Kak Long suaminya telah dipindahkan ke Sarawak. Silap-silap kena cong lagi kami ni.

5. Baliklah semula kami ke rumah ipar meneruskan raya kami dengan perasaan yang keciwa.

Thursday, November 11, 2010

Banjir

1. Politic aside, bijak juga sipenyunting ni.

2. Dan saya bersyukur kerana Allah beri pendengaran yang baik dan tidak perlu belajar read lips!

Menteri Tugas-tugas Am?

1. Saya pun semakin celaru portfolio menteri ini. Mula menteri wanita, lepas tu menteri kesihatan, lepas tu menteri jaga RISDA... Tup-tup hari ni jadi menteri pengajian tinggi pula....

2. Poning kepalo den dibueknyo sampai teringat satu karton Zunar! Mungkinkah ada kebenarannya sindirannya? Dr MAZA pun pernah memberikan sindiran yang sama!

_____
Star


Make voluntary activities compulsory for students: Rosmah
By P. ARUNA


KUALA LUMPUR: Institutes of higher learning should make it compulsory for students to get involved in voluntary activities, said Datin Seri Rosmah Mansor.

"The nation needs citizens and future leaders who are not only intellectually capable and civic-minded but also those who care for their fellow citizens, especially the less fortunate," she said.

The Prime Minister's wife stressed that the spirit of social work and volunteerism, especially among students, was important in the creation of a harmonious society.

"A loving and caring society will in turn complement the nation's endeavour towards economic development and prosperity," she said during the launch of the MIA International Art Exhibition at the Chinese Chamber of Commerce and Industry here Thursday.

Local artists as well as those from Singapore, Taiwan, China and Myanmar contributed their works to be sold at the exhibition.

Proceeds from the exhibition will be used to help needy students further their studies in the area of art and design at the Malaysian Art Institute.

Tuesday, November 09, 2010

Tahlil


1. Hebat juga mantan YAB MB Perak dari PAS. Cara tahlilnya sekarang ditiru kaum Hindu di Selangor! Syabas YB Nizar!!! Subhanallah.

2. Ada pihak menyatakan tahlil ni bidaah. Barangkali kerana itu arwah ayah saya tidak pernah mengajar saya bertahlil atau mengikuti majlis tahlil di kampung dulu.

____
Malaysiakini

Poster lelaki terbakar diarak ke rumah Anwar

Fadzly Esa
Nov 9, 10

Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulingam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.


Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Kencingan Hawa II

1. Akhirnya tauke kuda menarik diri... Dia meminta DSAJ berundur.. ek leh serupa tuntutan Dr MAZA pula! Kita oklah tuntutan tu taklah sehebat tuntutan Mursyidul DAP Karpal "DSAJ harus bertaubat!"

2. Ramai pengikut tegar kata DSAJ dah bertaubat. Namun saya belum pernah lihat kenyataan youtube bertaubat dari mulut DSAJ sendiri. (Video berdangdut adalah.) Sumpah pun tak berani! Mungkin sebab Mursidul DAP kata harus bukan wajib!

Saturday, November 06, 2010

Zakat Deepavali II: Maya Karin

1. Dua hari sebelum Deepavali, saya mendapat beberapa SMS dan panggilan kecemasan dari Kak Long "... Kau tolong jengah-jengahkan Maya Karin... Katanya ada mesyuarat tatatertib berkaitan dia. Mungkin dia akan disuruh letak jawatan. .... Ansuran rumah dan keretanya dah dua bulan tak bayar... katanya dah tak tertahan dugaan ...... Kak long dah kirim RM1,XXX! ......" Saya pun bilang dengan kak long bahawa saya akan ziarah dia pada sebelah malam.

2. Malamnya saya ajak zaujah menziarahinya. Zaujah migraine pula. Jadi saya bawa anak sulung sebagai peneman ziarahi sepupu ibu tunggal yang beranak ramai. Last jumpa lima tahun dulu dengan anak lima ketika masih bersuami. Ingatkan dia masih tinggal dekat Courts Shah Alam. Rupanya dah pindah ke pangsapuri baru di pinggiran bandar Kelang.

3. Seriau juga ke tempat itu malam-malam. Punyalah susah nak ke tempat itu. Almaklumlah beribu penduduk dalam persekitaran yang "asing" bagi kami anak beranak dengan hingar bingar budak-budak yang masih bermain di taman permainan, lifts dan koridor lepas isyak.

4. Di rumah (pangsapuri kos murah tiga bilik)nya, saya ditunjukkan surat MoH. Rupanya bukan diminta berhenti tetapi sebenarnya DIBUANG KERJA. Alasan munasabah kerana dia tidak pergi kerja selama lebih 6 bulan pada 2008. Saya pasti tentunya dia sudah diberi amaran dan diberi peluang membela diri. Namun begitu dia masih diberi peluang untuk merayu.

5. Saya bantulah dia memurni surat rayuan dan memberi idea2 menyediakan alasan kukuh seperti mangsa dera (kerana ada laporan polis dan kesihatan), baru bercerai pada tahun berkenaan, ibu tunggal anak 8 sepertimana dalam deraf, sediakan laporan kauselor atau pakar psikologi jika trauma, etc etc etc...

6. Tiba-tiba anak sulongnya membawa seorang anak kecil berpamper yang dikatakannya anaknya. Kepelikan saya bertanya "Eh pelik ni, dalam surat kata anak bungsu berumur empat tahun. Tapi budak kecik lagi! Tak mungkin 4 tahun." Muka Maya Karin berubah tapi cepat menjawab "Anak ramai Angah sampai lupa umur." Saya percaya ajelah.

7. Sebelum balik saya serahkan "zakat deepavali" kepadanya dan anak sulungnya. Taklah sebanyak zakat deepavali kak long saya. Kesian ibu tunggal anak lapan baru dibuang kerja.

8. Sewaktu perjalanan pulang saya bertanya anak "Kakak perasan tak muka makcik berubah bila ayah tanya pasal budak yang berpamper?" Anak saya kata "Ya. Pelik. Budak tu masih kecil dan makcik berpisah April 2008!" Pelik memang pelik.

9. Esoknya saya terima panggilan dari seorang sepupu rapat lagi. "Dah pergi ke rumah Maya Karin?"

"Ya."

"Dia seorang dengan anak-anak?"

"Ya."

"Dia seorang dengan anak-anak? Ada orang lain?" Diulang-ulangnya.

"Tak ada." Saya menjawab berulang.

"Ada apa-apa yang pelik?"

"Ada budak perempuan kecil berumur ~ 1-2 tahun masih berpamper. Katanya anaknya. Tapi dalam surat kata anak bungsu berumur 4 tahun. Tu yang agak pelik sikit kerana di berpisah April 2008."

"Since kau dah nampak biarlah kak story cerita sebenar....Bla bla bla.... " Terkejut beruk saya.

10. Saya segera SMS Maya Karin menyatakan kemusykilan saya tentang anak kecil itu. Selepas berdalih-dalih dia mengaku telah kahwin lain. Bengkak betul saya! Rasa tertipu kerana beriya-iya kami beri zakat deepavali dan cuba carikan dia kerja baharu, rupanya sudah ada mahram baru.

Kami fahamlah dia anak tunggal yatim piatu. Kami pun anak yatim piatu. Tapi soal nikah cerai ni kita akan maklumkan kepada pak-pak cik dan sedara mara yang masih hidup. Apa nak sorok-sorok pasal nikah? Bukan bila kesempitan wang aja baru nak cari saudara mara!!

11. Nampaknya iini kali kedua Maya Karin buat hal. Nikah dan beranak pinak tak beritahu kami.

Friday, November 05, 2010

Zakat Deepavali

1. Teringat sebuah pantun: biri-biri, tenuk rusa; orang memberi, kita merasa! MSG serbuk perasa.

2. Dunia ni pelik. Pakej perdana haji dah boleh disponsor penerima tender. Zakat (fitrah?) Deepavali pun ada juga! MasyaAllah. Ammmmmmmaaaaaaa!

3. Biar apa pun, kita wajib menjauhi perkara yang boleh membawa fitnah.

4. Teringin nak makan tosai tisu darul umar abd aziz pula saya! Tosai tisu rende'.

5. Puh kanan, puh kiri, berkat dari baginda ali. Huluq huluq huluq!
__________
Malaysiakini

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah

Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
11:29am
Kongsi

1496
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.