Tuesday, September 22, 2009

Pak Utih

1. Sehari sebelum Raya Haji yang lalu, saya terserempak Pak Utih depan Pasar Besar Bandar Maharani. Sudah beberapa tahun saya tak berpeluang jumpa Pak Utih. Malangnya dalam kesibukan trafik, Pak Utih tak dapat memberhentikan kapcainya untuk kami bersalaman dan bertanya khabar. Rayanya saya tak sempat ke rumah Pak Utih kerana bergegas ke BP selepas selesai masak lamb stew di Pt Jamil.

2. So raya aidilfitri ni, saya berhasrat menziarahinya. Kebetulan keluarga bersetuju balik ke Muar pada raya pertama. Pagi kedua, kami ke Jalan Jonid dulu nak jumpa Chiro. Chiro pi PD pula. Then ke rumah Mak Pon di Jalan Khatib. Tiada orang.

3. Terus pula ke rumah Pak Utih. Dalam sesat-sesat jumpa "rumah" Pak Utih. Tiada orang di rumah. Dan saya hairan kenapalah banyak motorsikal berpelekat P di rumah itu sedang anak-anak Pak Utih semuanya dah berkeluarga di KL dan Penang.

4. Berpatahlah balik ke Jalan Abdul Rahman ke rumah Pak Unggal. Seperti biasa Pak Unggal buat open house di raya kedua. Mak datuk, kali ini ramai pula kenalan Cina Pak Unggal. Open house kali ini agak lain. 1. Makanan lambat keluar ~ 1.30pm. 2. Cuma jumpa 2 sepupu (Azad dan Nor) selain anak Pak Unggal. 3. Pak Unggal pelawa join "syarikat"nya.

3. Di situ jumpa Azad anak Pak Utih. Saya kata saya ke rumahnya tapi tiada orang. Dia kata Pak Utih ada. Tapi bila dia sebut no rumah Pak Utih, ternyata saya sudah salah rumah pagi tadi.

4. Selepas menjamah nasi tomato dan mee kari, kami berusaha lagi ke rumah Pak Utih. Jumpa rumah yang betul. Malangnya Pak Utih dah keluar beraya. Besar kemungkinan ke rumah Pak Unggal dan kami selisih jalan. Kecewa dan rengekan zaujah kesakitan bahu, kami terus ke Pt Jamil. Tak dapat pergi rumah Pak Itam dan Mak Pon.

5. Semoga Allah panjangkan umur kami supaya dapat bertemu lagi.