1. Pak Usu anak-anak saya ini masih bujang. Dah puas saya dan Kak Long memujuk agar dia segera bernikah. Beberapa tahun yang lepas, sudah hampir menikah. Tetapi Allah ambil tunangnya beberapa minggu selepas Allah ambil emak kami. Lama juga Pak Usu mengambil masa mengatasi double blow itu.
2. Sejak itu, saya pastikan pada sehari sebelum semua raya kami berada di rumah Pt Jamil. Kami perlu tolong Pak Usu menyediakan juadah sambutan raya.
3. Tapi tahun ini, zaujah dah janji untuk menolong emaknya memasak di BP. Jadi kami di BP sejak malam akhir puasa. Sejak pagi last Ramadhan, saya sudah dikerah dengan abang ipar ke pasar BP membeli rempah beryani IBY (Ismail bin Yahya), ayam, kambing, sayuran, herbs dll. Abang ipar siap belikan dapur gas baru untuk emaknya. Lepas zohor membuat piping di bilik mandi-tandas luar. Sempat pasang shower lagi. Seronoklah anak-anak buat tak perlu menadah air dan mandi pakai gayung. Kira sibuklah saya sepanjang hari.
4. Tahun ini (pagi raya) zaujah berani modified resipi menu-menu wajib keluarga Al Jabri ini. Rempah beriyani dikurangkan supaya jadi mild, beras ditumis dulu..... Nasib baik uminya tak mengamuk! Biasanya dia tak suka resipinya diubah. Alhamdullillah OK semuanya. Taklah panas perut saya bila kena beryani mertua!
5. Kami tiba di rumah Pak Usu hampir magrib raya pertama. Adalah dibawa bontrot Al Jabri. Dan rupanya Pak Usu tak masak apa-apa. Katanya dapat bekalan dari Kak Long dan ngonjongan jiran-jiran dan this one lady dari Pt Yusof.
6. Nampaknya ada tanda-tanda Pak Usu sudah "moved on". Raya tahun ini dinding dan siling rumah dicatnya. Parit keliling rumah dijetnya. Rumput-rumput diracun. Rumah surprising bersih! Malah Pak Usu beli daging kambing. Malangnya dia tak beritahu awal. Kalau tidak pasti saya dah minta zaujah tolong masakkan Irish Stew kegemaran kami sekeluarga. Paling idak zaujah boleh masakkan beriyani kambing!
7. Oh yang paling hebat, Pak Usu beli set sofa kulit menggantikan set kulit lama yang saya tinggalkan sebelum ke OZland. Set canggih yang boleh direbahkan dan terangkat-angkat! Selain dari itu, set kerusi makan yang lunyai dicakar kucing juga direfurbished dan Pak Usu pasang dua spotlight baru. Cerialah rumah Pak Usu tahun ini!
7. Malangnya saya cuma dapat berborak lama dengan Pak Usu pada malam raya pertama sahaja. Malam kedua, Pak Usu dah tidur sewaktu kami pulang beraya di rumah Kak Long.
8. Kami doakan Pak Usu akan segera mendapat jodohnya. Kebetulan raya ketiga, harijadi Pak Usu. Di fridge, ada dua kotak kek. Khabarnya hadiah dari this mystery lady. Barangkali orang yang sama yang preordered pizza dari JB untuk dijamu di Pizza Hut Muar! Nampaknya Pak Usu sudah ada beberapa pilihan. Tetapi "belum berbunyi.......!"