Friday, February 20, 2009

Tudung Clad II


1. Star 19 Feb menyiarkan nasib seorang amoi ini. Bebanding amoi dulu, amoi ini pula bertudung.

Thursday February 19, 2009
Rep to pay for upkeep of children

KOTA BARU: A lower Syariah Court issued a temporary order to force Melor assemblyman Wan Ismail Wan Jusuh to pay monthly RM500 to his ex-wife for maintenance of his two children.


2. I have yet to see tudung clad ladies berapi-api membela nasib amoi bertudung ini. Mungkin kerana mantan zauj amoi ini adalah rakan sepakatan kita.

3. Or mungkin kita hendak memberi laluan untuk non tudung clad ladies berapi-api from Musawah membela amoi ini. Agaknya lebih gah jika seorang kok atau ambiga atau fernadez pula yang berapi-api berbuat demikian. I have yet to see any of that berapi-api untuk amoi ini. Again may be kerana mantan zauj amoi ini adalah rakan sepakatan kita.

Thursday, February 19, 2009

Cuci-Cuci Malaysia

HarakahDaily
Elizabeth Wong: PAS Selangor simpati, beri sokongan padu

Muhammad Arif Ismail
Thu | Feb 19, 09 | 9:42:34 am MYT

SHAH ALAM, 19 Feb (Hrkh) - PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya Dato' Dr. Hasan Ali memberi sokongan padu kepada Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dalam usaha untuk membersihkan nama baik beliau.

"Apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong, PAS sangat bersimpati sama juga dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan kita juga mengharapkan mereka dapat melakukan dalam keadaan mesra," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu beberapa orang Exco kerajaan Negeri seperti Dr. Halimah Ali, Iskandar Samad, Teresa Kok, Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail dan Ronnie Liu.

Menurut Hasan, pihak polis diharapkan melakukan tugas mereka itu dengan sikap profesional yang tinggi. "Kita juga mementingkan persoalan mengenai imej, keutuhan dan integriti kerajaan Pakatan Rakyat sebab itu persoalan moral ini bagi kita juga merupakan perkara yang sangat penting," katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,

Oleh itu katanya, PAS berpendapat bahawa apa yang berlaku itu merupakan sesuatu yang mendukacitakan kita dan akan berusaha dengan teman-teman yang lain dalam Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat pun, mencari apakah yang terbaik untuk membersihkan nama beliau dan beliau akan pulang ke sisi pangkuan kita. "

Sebagaimana yang kita tahu, Elizabeth Wong merupakan di antara pemangkin untuk memperkuatkan kedudukan Exco dan pembangunan Negeri Selangor," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan dalam sidang media yang sama bahawa satu perjumpaan dengan Tuanku Sultan pada Rabu ini, 25 Februari.

"Pertemuan ini bagi taklimat tentang isu yang berkaitan dengan Exco Kerajaan Negeri untuk mendapat nasihat dan panduan perkenan Tuanku," jelas beliau.

Menurut Menteri Besar, Kerajaan Negeri berharap agar pertemuan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk negeri Selangor. "Manakala keputusan yang dibuat oleh Elizabeth Wong akan bercuti dan tugasnya akan dipertanggungjawab dan dilaksanakan oleh semua Exco," katanya. - azm/mks._

Tuesday, February 17, 2009

Tudung Clad

1. Hari ini di Star, disiarkan sikit cerita video tudung clad lady making out di bilik x-ray.



2. Semalam di berita-berita TV, tudung clad ladies berapi-api membela Liz. Mantan Ketua Wanita PKR (YB Kuantan) pernah jadi Ketua Wanita JIM. I am not sure the current one yang berapi-api. Harap daklah…. Sidang ini boleh send a wrong message that tudung clad ladies approve hak tidak berbenang di hadapan bukan muhrim atau berz…. walaupun untuk kufr dzimmi.

3. Beberapa minggu yang lalu, lebai-lebai kita juga yang berapi-api dan berbaring di jalanraya membela kerajaan DAP di Perak.

4. Di Star beberapa hari yang, SIS (oooopppps sekarang atas nama Musawah)pula mahu hukum faraid di Quran diubah dan membidas mereka yang bangkang usul perubahan itu….

5. Jika mak bapak keliru, anak-anak pun akan lebih keliru….. cucu cicit kita akan lebih celaru membeda ketamadunan dan kepratamadunan.
____
Berita Harian

Wong sedia letak jawatan
Oleh Khirul Bahri Basaruddin , dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my

ELIZABETH Wong mengesat air mata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Lepas tugas Exco, Adun Bukit Lanjan ekoran penyebaran foto bogel

PETALING JAYA: Dua hari selepas gambar bogelnya dilaporkan tersebar di internet, Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong Keat Ping, semalam mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

Wong, 37, yang kali pertama berdepan dengan media pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, sejak penyebaran gambar bogelnya didedahkan akhbar Isnin lalu, dengan sebak berkata beliau mengambil keputusan menawarkan diri meletak jawatan itu demi kepentingan parti.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya pula menyatakan, beliau sudah menerima surat Wong yang menawarkan peletakan jawatannya dan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat baginda.

Dalam kenyataan empat perenggan itu, Abdul Khalid bagaimanapun menasihatkan Wong supaya mengambil cuti dan berehat berikutan dugaan serta tekanan yang dilaluinya.

Beliau menyifatkan kejadian yang menimpa Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal-Ehwal Pengguna itu sebagai sangat malang kerana pihak berkenaan menggunakan perbuatan keji untuk merosakkan nama dan integritinya.

Gambar bogel Wong dalam pelbagai posisi itu, yang dirakamkan ketika beliau tidur di sofa dipercayai di rumahnya, disebarkan menerusi internet sejak beberapa hari lalu. Berikutan itu, Wong membuat laporan di balai polis Damansara, Ahad lalu.

Wong yang membaca kenyataan pada sidang akhbarnya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan Abdul Khalid untuk mengatur penyerahan tugasnya tetapi akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan.

"Saya percaya gerakan memburukkan nama baik saya akan berterusan. Oleh itu saya membuat keputusan bagi kepentingan parti dan perjuangan kepada rakyat.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih di kawasan saya, rakan Pakatan Rakyat, kawan dan orang awam. Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya mengambil keputusan menawarkan diri meletak jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Lanjan," katanya.

Adun Bukit Lanjan itu berkata, sejak dua hari lalu terdapat cubaan pihak tertentu untuk mencemarkan nama baiknya dengan menceroboh kehidupan peribadinya dan beliau yakin Umno serta Barisan Nasional (BN) akan terus memanipulasi isu itu.

"Pihak berkenaan berkomplot memperkecilkan kewibawaan saya sebagai Exco dan pemimpin PKR. Walaupun kempen untuk memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan PKR," katanya.

Wong yang masih bujang bagaimanapun menegaskan, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak malu berhubung statusnya yang belum berkahwin.

Sebaik membaca kenyataan itu, beliau terus beredar sebelum wartawan, termasuk dari luar negara sempat mengemukakan soalan.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, R Sivarasa, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nurida Mohamad Salleh dan Setiausaha Penyelaras DAP, Teresa Kok.

Sunday, February 08, 2009

Silver Screen

1. Polimik politik Perak menarik of late. Mursyidul PKR tayang seantero dunia lompatan Bota. Lat sepuluh hari 2+1 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP terkeluar join kem Tok Jib pula. Macam melihat playback slow motion pula... Bota lompat ke trampaulin, 2 PKR dan 1 DAP sambut.... dan sudahnya keempat-empat melantun keluar ke tempat asal Bota. Benar-benar melucukan.


2. Just watched the news. Anihnya kedua-dua MB berlumba-lumba ke kuil Arul-migu-subramania (Monday Star tulis Sri Subra­maniar pula) meraikan Lord Murugan. Yang baru pi dulu dan disambut seperti saudara lama yang pulang. He blends well with the crowd.

Yang lama ekor kemudian dan disambut sebagai hero filem Tamil pula. He stands out among the crowd. I wonder apakah yang beliau laungkan dan disahut di sana.... AllahuAkbar atau Makkal Sakhti?


I bet none of them has done this before i.e. sebelum jadi MB. Mursyidul PKR ke kuil mana pula tahun ini? Ke kuil yang sama di Kuantan? MP Shah Alam ke kuil mana?

3. But jelas Karpal pula yang murka hari ini....!! Malah dia suruh Mursyidul PKR dan Mursyidul DAP bertaubat di hari Thaipusam ini. Berkali-kali taubat disebutnya.

MasyaAllah. AllahuAkbar!

Saturday, February 07, 2009

Lembu Qurban...

1. Baru-baru ini kecoh cerita MB Selangor berkorban 46 lembu guna bukan wang sendiri. Saya rasa ini bukanlah kes-kes terpencil. Dr Khir pun siap sentuh dalam blognya.

2. Put aside duit siapa, saya pelik dengan budaya berkorban berpuluh ekor lembu di kalangan pemimpin dan ahli politik. Kasi masuk paper lagi hantar beberapa lori. Mungkin Dr Khir yang bising pun pernah buat kerja ini. Sedang Mas Herman Tino pernah berpesan "tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri.... berilah dalam sepi". But siapalah dia wak Herman tu?

3. Bukankah qurban itu suatu ibadah? Apakah perbuatan qurban berpuluh ekor ternakan per orang ini pernah dibuat Rasullullah (s.a.w.) sebagai "pemimpin" atau disarankan Rasullullah? Hadith berikut jelas menerangkan

Muslim 022:4845:

'A'isha reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) commanded that a ram with black legs, black belly and black (circles) round the eyes should be brought to him, so that he should sacrifice it. He said to 'A'isha: Give me the large knife, and then said: Sharpen it on a stone. She did that. He then took it (the knife) and then the ram; he placed it on the ground and then sacrificed it, saying: Bismillah, Allah-humma Taqabbal min Muhammadin wa Al-i-Muhammadin, wa min Ummati Muhammadin (In the name of Allah," O Allah, accept [this sacrifice] on behalf of Muhammad and the family of Muhammad and the Umma of Muhammad" ).


Malik's Muwatta 23:23.5.11:

Yahya related to me from Malik that Ibn Shihab said, "The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, only sacrificed one camel or one cow for himself and his family."

Malik said, "I do not know which of them Ibn Shihab said."


Bukhari 9:89:317:

Narrated 'Abdullah bin Hisham:

who was born during the lifetime of the Prophet that his mother, Zainab bint Humaid had taken him to Allah's Apostle and said, "O Allah's Apostle! Take his Pledge of allegiance (for Islam)." The Prophet said, "He ('Abdullah bin Hisham) is a little child," and passed his hand over his head and invoked Allah for him. 'Abdullah bin Hisham used to slaughter one sheep as a sacrifice on behalf of all of his family.

Ibrahim (a.s) pun setahu saya sembelih seekor sahaja. Wonder berapa banyak Dr Khir qurban sewaktu mengerjakan haji dua tahun lalu?

Mungkin lebih afdal kalau diqurban ikut bahagian sendiri dan keluarga (1 bahagian seorang), dan yang lebihnya diberikan kepada penduduk fakir untuk memulakan ternakan lembu atau kambing berkelompok......

4. Rupanya tabiat berqurban banyak-banyak ini bukan suatu yang baru... Pemimpin-pemimpin mungkin berkata bukan untuk beriyak!

Malik's Muwatta 2:23.5.10:

Yahya related to me from Malik from Umara ibn Yasar that Ata ibn Yasar told him that Abu Ayyub al-Ansari had told him, "We used to sacrifice one sheep, and a man sacrificed for himself and his family. Then later on people began to compete with each other and it became boasting."

Malik said, "The best that I have heard about a single camel, cow or sheep, is that a man should sacrifice a camel for himself and his family. He sacrifices a cow or sheep which he owns for his family, and shares with them in it. It is disapproved for a group of people to buy a camel, cow or sheep, to share for the ritual and sacrifices, each man giving a share of its price, and taking a share of its meat. We have heard the tradition that people do not share in the ritual. However, it may be that the people of one household can share."

Sunday, February 01, 2009

Sesekali Memasak

1. Sewaktu saya tinggal di Brisbane, zaujah saya memastikan saya bergilir dengannya memasak. Saya akur.

(Saya belajar memasak dishes asas dari emak sebelum saya bekerja sementara ke US. Dishes yang emak ajar: kari, masak lemak, masak air, asam pedas, singgang, sup dan masak kicap. Sewaktu di US, saya belajar dishes baru seperti kurma, percik, nasi lemak dan masak merah dengan melihat rakan-rakan memasak. Selain dari itu, saya mengkhusus kerutup trout (asalnya just try dengan teringat cara mak masak) dan ayam panggang berkacang (saya cipta sendiri). Saya mula tackle zaujah dengan kerutup trout. Cara ayam panggang berkacang ini saya ajar kat Izaham. Sesekali dia tanya, masih masak ayam panggangkah?)

Memasak di Brisbane sungguh selesa. Sayur-sayur dan bahan memasak fresh termasuk sayur dan herba kangkung, daun kari, limau nipis, serai etc etc. Lada, bawang, halia, serai, bawang putih etc sudah dikisar dan segar. Daging kambing, ayam dan daging halal dan ikan segar.

Biasanya apa yang saya campak dalam wok, menjadi. Jarang-jarang tak jadi. Dan kalau tak jadi (biasanya saya tak boleh figure out apa salahnya), terpaksa panggil zaujah untuk membetulkan. All the time, si pakar ini dengan mudah membuat "corrective surgery"nya.

2. Malahan menjelang Raya Puasa, saya membuat kuih-kuih raya. Suatu yang sudah berpuluh tahun saya tidak buat. Anak-anak tak percaya saya boleh melakukannya.

Semasa di sekolah rendah dan sebelum meninggalkan rumah, saya suka menolong emak membuat kuih raya. Malah kalau biskut "modern", saya yang kerap mencuba resepi-resepi baru yang emak takut nak buat. Lebih-lebih lagi bila emak beli pencetak kuih "Sawa" (dipesan melalui Mak Usu dari Singapura) dan pengadun elektrik. Saya juga pandai membuat bancuhan berbagai kek (basicnya sama).

Namun bab membakar dan menentukan sama ada dah masak, biasanya Kak Long dan emak saya punya tugas.

Dan anak-anak saya terkejut dengan hasil kuih-kuih raya saya. "From now, we believe your story that you can make raya cookies and that you helped nenek while you're young!"

3. Balik Malaysia, saya jarang sekali memasak. Lebih lebih lagi sejak pindah ke rumah baru. Bukannya malas (adalah sikit kerana dapur agak besar dan rempah ratus terletak dalam pantry jauh dari "stove"). Kalau memasak, saya masak ikut selera saya. Sudahnya saya pulun lebih-lebih. Akibatnya berat badan saya naik.

4. Of late, zaujah merungut. Anak-anak pun ada menyebut-nyebut. In fact bila saya memasak sweet sour pada satu hari (zaujah mogok), yang sulung bertanya "Are you cooking your famous kerutup?" Tersedak saya (yang sedang mengupas bawang) dan tergelak dibuatnya. "Next time!"

5. But next timenya, isteri minta bake ayam yang sudah dithawnya. Anihnya entah apa yang saya campak dan marinade, hasilnya sangat sedap pula. Sebaik sahaja selesai dinner, anak-anak saya berebut mengerjakan rempah ayam yang lekat di aluminium foil (alas membakar) di dapur. Tergelak besar saya dibuatnya.

6. Jumaat lalu, saya turned 50. Isteri mengajak makan di Muara (somewhere di Pelabuhan Kelang). Kami pernah ke sana dengan arwah bapanya. Ketika itu kami belum mempunyai anak.

Things have changed since then. Muara semakin besar dan cara pengendaliannya berubah. Kami kena pilih ikan sendiri. But melihat ikan, udang, ketam yang tidak segar, saya naik cuak. Benarlah. Semua masakannya teruk. Anak-anak yang dah biasa makan makanan laut sedap pun pandai komplen.

7. Malam Sabtu esoknya saya masak kerutup jenahak dan sayur bayam masak sos tiram. Kegemaran anak sulung. Rajin pula dia menolong memasak. Kow punya kerutup dengan bahan-bahan fresh dari pasar dan belakang rumah baru. Puas hati anak sulung saya yang telah lama mengidam kerutup jenahak.

8. Dan malam ini, saya kena masak lagi. Naik malas pula. Just masak sweet sour bawal putih. Dalam seronok, anak sulung berkata "How come ayah kena masak dua hari berturut-turut?"

"Mum tak sihat!" Teringat saya sewaktu dalam pantang anak kedua, saya kena masak hari-hari. Mak mertua pun terkejut dengan lala saya.

9. Namun the no. 1 and the best chef tetap zaujah saya! Itu saya dan anak-anak tahu kerana dishes hebat saya tak sampai 5 pun. Sedangkan zaujah saya masak apa (melayu, arab, western etc) pun boleh dan sangat sedap.