Thursday, April 17, 2008

Zaujah Ulama


Rocky komplen "lama zaujah PM tak kelihatan di khalayak ramai". Hari ini pula merupakan kali kedua saya melihat zaujah PM (Gambar di The Sun) memakai hijab ala Kak Jat. Semalam saya lihat dia berhijab di The Star ketika meraikan setiausaha-setiausaha. Jangkit zaujah Guan Eng agakkah. Mungkin juga lama tak keluar kerana sibuk belajar nak memakai hijab.

Pssstttt...the other Datin Seri pula pakai a glove ala MJ but without the blings!

Wednesday, April 16, 2008

Satu Qiblat Yang Sama 4

Ada sahabat saya yang menyatakan gambar Guan Eng berserban (dari NST) yang saya pamer sebelum ini adalah di'doctored'. Namun jika dilihat di Star, bukan sahaja Guan Eng dan Karpal berserban, malah zaujah Guan Eng juga berhijab ala Kak Jat!

Tuesday, April 15, 2008

Seorang Ishak II (samb cerita Isbiha...)

Written: 30 Mar 2008


Semalam saya menghadiri pernikahan anak perempuan sepupu saya (cerita penuh majlis pertunang-annya boleh digapai dalam "Seorang Ishak" dalam isbiha.blogspot.com) dengan kerabat Perak (di Surau Al Furqan Precinct 11). Haji Ishak menikahkan sendiri anaknya. Yang berserban itu saya kira jurunikah pada awalnya. Rupanya menantu beliau sudahnya. Serbannya lancap di hadapan. Saya rasa-rasa Raja ni adalah sejemaah dengan putera kedua Sultan sekarang. Sepupu saya berbaju hijau menghormati Ketua Angkasawan (K) dan kadang kelihatan seperti arwah bapa saya. Pernah saya bertanya perkara itu baru-baru ini.... Jawabnya "Kau ingat aku ni siapa dengan your dad?"

Satu Qiblat Yang Sama 3

Beberapa hari dulu, TG Hadi berserban menziarahi Guan Eng. Semalam Guan Eng pula berserban menziarahi Karpal yang juga kembali berserban. Macam berjangkit pula..... Hebat aura TG!

Friday, April 11, 2008

Satu Qiblat Yang Sama 2


Semalam TG Hadi diserang mild stroke dan dihospi-talkan. Semoga beliau cepat sembuh... It will be interesting jika Ketua Angkasawan Penang cepat mendarat di KT ziarah TG.

BN=Barang Naik?


Ada sahabat-sahabat saya yang tak sudah-sudah menyalah-kan kerajaan tentang kenaikan harga barang. Walhal depa ni bijak pandai, jelajah merata dunia dan mengikuti CNN dan BBC. Jahat sungguhlah BN ini sehingga di negara-negara lain pun BN naikkan harga barang. BNlah yang responsible terhadap semua masalah global ini.





Tapi kita sengaja men-yembunyi-kan fakta harga minyak naik, penanaman gandum di Australia tidak dapat dilakukan sejak 2 tahun lalu kerana kemarau panjang, sawah padi dijadikan kolam udang marin, harga baja naik, etc etc... Itulah politik. Mungkin jika cuaca semakin tak menentu, kita makan tanah liat ajalah macam rakyat Haiti.....

Tuesday, April 08, 2008

SMS Dari Seorang Teman 2

1. Pagi-pagi lagi Samad telah SMS saya membetulkan fakta SMSnya semalam. Ringkasnya: Akhbar-akhbar menyatakan ladang babi sebenarnya akan dibina di Selangor Darul Adil.

2. Teresa Kok khabarnya (di blognya) berbangga 2 exco PAS menyokong projek tersebut. Alhamdullillah selain dari dua kilang arak, Selangor akan jadi hub babi.

Monday, April 07, 2008

SMS Dari Seorang Teman


Lately, rajin pula seorang Samad meSMS saya.

Terbaru diSMSnya "Kerajaan campuran PKR DAP N PAS lulus projek penternakan babi bernilai rm 100 juta di Penang. ADUN PAS BERDIAM. (Saya tak sokong Umno 100%)."

Saya jawab "mudah2an Carlberg n guinness dipindahkan juga ke penang darul angkasawan".

Samad jawab "Bagus tu"

Saya jawab "Jgn dibuat d kepala batas dah le. Dap might want 2 realise arwah fadzil noor's statement "(badwi Arab jaga unta) badawi Malaysia jaga babi". Diselisihkan Allah."

_____

Saya teringat statement tersebut dibuat oleh Arwah Fadzil Noor sewaktu sibuk wabak Nipah melanda Malaysia dan industri babi. Selain babi, ada rakyat marhaen yang mati kerana virus tersebut.

Anihnya beberapa bulan selepas itu, MB Terengganu Darul Pas (ketika itu) menziarah Bukit Pelanduk dan menawarkan Terengganu sebagai hub babi terbaharu. Saya tak pasti samada projek ini sempat dilaksanakan sebelum Pas tewas.

Jadi saya tidak hairan jika ADUN PAS di Penang menyokong projek tersebut. Apa lagi menggazetkan zon babi di Kepala Batas sesuai dengan amanat Arwah Fadzil Noor.

Thursday, April 03, 2008

Alhamdullillah...

Alhamdulilah PAS telah berjaya memerintah Shah Alam. Alhamdullillah berapa ADUN PAS juga telah terpilih sebagai Exco Selangor Darul Adil. Lebih hebat lagi bila Datuk Dr Hassan Ali telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap HAL EHWAL ISLAM, ADAT MELAYU, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.



Shah Alam ini bebas dari pawagam, kasino, bar dan lain-lain premis haram. Berkat ketegasan mantan mufti arwah Dato Ishak Baharom. Malangnya di Shah Alam ini tersergam gah kilang Carlsberg. Malah di Selangor Darul Adil ini terdapat satu lagi kilang arak (Guinness) di Petaling Jaya. Beberapa tahun dulu, al-Maunah pernah cuba meletupkan kilang ini dengan serangan mortar. Malangnya mortar-mortar jatuh di kawasan kilang tetapi tidak meletup (bimbang juga jika semua mortar ATM tidak berfungsi).

Dulu kita gah mengutuk UMNO kerana membenarkan kewujudan dua kilang arak ini. Dengan PAS menguasai Shah Alam dan portfolio Hal
Ehwal Islam saya berharap sangatlah kilang-kilang ini ditutup secepat mungkin (dan dijadikan tempat yang berfaedah) dan memastikan 7-Eleven yang dikuasai usahawan Melayu di seluruh Shah Alam dan Selangor tidak menjual arak (dan kondom) sepertimana yang telah dilakukan di Bangi. Jika ini tidak berlaku, bertambahlah airmata TG Nik Aziz. KITA MAMPU MELAKUKAN PERUBAHAN!

Wednesday, April 02, 2008

Satu Qiblat Yang Sama?


1. Pagi ini saya melihat foto serupa di beberapa buah akhbar tempatan. Gambar ini menarik dan manis kerana di belakang watak-watak utama terpapar satu replika tenunan kelambu pintu Baitullah. Kebetulan saya beberapa bulan yang lalu saya berpeluang menunaikan fardu haji di Mekah. Saya pun ada membeli memento yang serupa sewaktu di Madinah.

2. Melihat foto ini, teringatlah saya kepada beberapa foto sebelumnya. Dan terkenanglah saya pada lagu "Satu Qiblat Yang Sama" nyanyian kumpulan Rabbani.

Satu Qiblat Yang Sama

Ya Sallim Sallimna
Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih
Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia
Akal fikiran yang lengkap sempurna

Walau berbeza kasta budaya
Hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci
Sebagai panduan untuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji
Bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana
Jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza
Tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua
Sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu
Bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala
Biarlah yang Esa menghitungkannya

Buang yang keruh, ambil yang jernih
Tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara
Untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar
Tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula sesama saudara


YA ALLAH, Sallim Sallim Dinana (Selamatkan Ugamaku). Ya Allah, selamatkan negara dan bangsaku.