Thursday, November 29, 2007

Gelombang Kuning 3: Kiamat Sudah Dekat?

Semasa saya kecil dahulu, beberapa ustaz menceritakan bahawa di akhir-akhir zaman, Nabi Isa a.s. akan diturunkan Allah untuk memerangi dajjal. Semalam saya terjumpa beberapa hadith mengenainya termasuk yang berikut:

Narrated Abu Hurairah:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: There is no prophet between me and him, that is, ISA (peace_be_upon_him). He will descent (to the earth). When you see him, recognise him: a man of medium height, reddish fair, wearing two light yellow garments, looking as if drops were falling down from his head though it will not be wet. He will fight the people for the cause of Islam. He will break the cross, kill swine, and abolish jizyah. Allah will perish all religions except Islam. He will destroy the Antichrist and will live on the earth for forty years and then he will die. The Muslims will pray over him. (Sunan Abu Daud 37.4310)


Ada juga ustaz bercerita bahawa ISA a.s. akan dibantu oleh seorang Imam MaHADI. Barangkali cerita ini didasarkan daripada hadith ini:

It is narrated on the authority of Abu Hurairah hthat the Messenger of Allah (may peace be upon him) observed: What will be your state when the son of Mary descends amongst you and there will be an Imam amongst you? (Sahih Muslim 1.0290)

Namun pada muktamar jalanan Gelombang Kuning 10 Nov 2007 lalu, Kit Siang dan Eng Guan datang berkemeja putih dan kot hitam. Barangkali mereka takut tergolong sebagai orang yang tidak beriman. Dan yang kebetulan atau terancang turun pada hari itu ialah Ustaz Nash ISA dan bossnya Abdul HADI serta DSAI (yang pernah diISAkan) dengan memakai sesuatu yang kuning.


Sumber: HarakahDaily

Dan DSAI juga turun di Kelang pada 28 November 2007
_____
Star Thursday November 29, 2007
Keep out, Nazri tells Tamil Nadu
By ZULKIFLI ABD RAHMAN
…Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim has expressed support for most of the demands made by Hindraf.
He told reporters yesterday that he turned up at the Klang Sessions Court on Saturday to give moral support to lawyers P. Uthayakumar, Waythamoorthy and V.S. Ganapathi Rao. ……
______
Walhal pada Ahad lalu di jamuan doa selamat saya, ada rakan saya dari parti ‘ulama’ dengan yakin menyatakan bahawa perhimpunan Hindraf yang lalu adalah rancangan muslihat besar kerajaan UMNO Hadhari. Saya pun semakin keliru tentang siapakah yang bersandiwara!