Friday, February 29, 2008

Wes Kadong Ngono


1. Setiap pagi saya melalui Jalan Lombong (Kelang) untuk ke Pejabat. Jalan ini merupakan satu jalan di Selangor Maju yang masih rosak-rosak. Namun sejak tiga hari yang lalu, gah terbentang banner ini di salah satu kampung di situ. Nampaknya wong di kampung itu sudah naik taraf.... Mereka berkempen in English. Agaknya berkat guna BI in S&T subjects.

2. Di Berita Harian hari semalam pula, tertera berita di bawah pula.... It seems that wong Kluang belum ngomong bahasa 'wong bule'. Teman saya bilang, salah tulis tu.. sepatutnya ditulis 'wes kadong ngono' dan disebut sambung 'wes kadongono'.
_____

BH: Pengundi tidak harus bersikap 'wes kado ngono'


KLUANG: Pengundi tidak seharusnya mengamalkan sikap 'wes kado ngono' atau 'semuanya sudah ada' kerana ia akan terus meletakkan masyarakat dalam kemunduran walaupun kerajaan berusaha sedaya upaya membantu meningkatkan taraf hidup rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan.

`Wes kado ngono' adalah bahasa Jawa yang dihuraikan lebih lanjut membawa maksud 'berpuas hati dengan apa yang ada sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mahu berusaha' atau tidak menghargai usaha yang dilaksanakan kerajaan.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaaffar, berkata pengundi perlu sedar kerajaan melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengubah taraf hidup sehingga segelintir rakyat negara ini khususnya Bumiputera tersenarai antara yang terkaya di negara ini.


Katanya, masih ada bersikap tidak ambil peduli dan tidak memanfaatkan peluang yang disediakan kerajaan untuk memajukan diri.

"Sikap 'wes kado ngono' ini sudah lama wujud dan ia tidak sesuai lagi diamalkan dalam masyarakat hari ini kerana kita perlu berubah untuk bersama bersaing dalam arus perdana pembangunan negara," katanya ketika berceramah pada Program Ramah Mesra Gerakan Persatuan Wanita (GPW), di Felda Kahang Timur, di sini, malam kelmarin.


Johan yang juga kolumnis Berita Minggu, berkata pengundi perlu sedar sikap berpuas hati itu juga boleh membuatkan seseorang itu melupakan sumbangan kerajaan sehingga mereka terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu supaya menukar kerajaan sedia ada.

Sunday, February 24, 2008

Siakap Senohong II


Saya teringat sewaktu berbahas di Parlimen beberapa tahun lepas, Shafie Salleh (yang baru dilucutkan jawatan Menteri Pendidikan Tinggi) ditegur Speaker ke timbalan serta YB-YB lain bahawa beliau masih berucap macam seorang menteri. Beliau segera menjawab "InsyaAllah, saya akan kembali (menjadi menteri)!"

Dalam pilihanraya tahun ini, ternyata nama beliau digugurkan. Dan hampir pastilah ditentukan Allah beliau tidak akan kembali menjadi menteri. Saya curious apakah komen yang akan dikatakan oleh Dr Zohadie (mantan Naib Canselor UPM yang di"desak"nya letak jawatan) jika diajukan soalan tentang pengguguran beliau.. Apakah beliau akan mengatakan "Kapok!" juga? Ataukah beliau akan berpantun "Mangan keropok iwak leleh; Yo kapok Shafie Salleh!"?

Thursday, February 21, 2008

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin!


Dalam demam pilihan raya ini, bro and sis PAS sibuk berkokok slogan "Lawan Tetap Lawan". Hari ini Husam keluarkan Star TV statement berikut:

URL : http://videos.thestar.com.my/default.aspx?vid=928

PAS Offers Power-sharing Deal
Press conference by PAS vice-president Datuk Husam Musa in which he announces that the party is willing to share power with the Barisan National if it wins a substantial number of seats in Parliament.


In contrast, Husam is saying "kawan mahu kawan" or probably "kahwin mahu kahwin". DAP pun dah mengaku BN pasti menang. It seems that kepimpinan PAS trusts UMNO better than DAP & PKR. Mind you that PAS is a serpihan of UMNO. PAS has done it before (rujuk semula dengan UMNO) and I wish those two parties would work together untuk menegakkan kedaulatan Islam dan kepentingan ummah. PAS offers power-sharing atau PAS kecek power-sharing dengan UMNO? Jom kita kira as "yo podowae" sudahlah. Pastikan DUN and Parlimen majoriti Mim yang disedekah jadi milik Mim.

Monday, February 18, 2008

Archbishop of Canterbury

Saya teringat sewaktu kempen pemilu 1999, PAS Darul Iman menjanjikan kesediaan "akan laksana HUDUD sebelum ayam berkokok!". PAS menang pada tahun itu. Malangnya sepanjang satu penggal pemerintahan, hudud tidak juga dilaksana. Sepanjang penggal itu, entah sudah berapa generasi ayam berganti berkokok. Sudah berapa generasi arwah ayam yang keletihan berkokok.

Sekarang PAS sudah tidak lagi berkokok tentang HUDUD untuk Malaysia. Mereka berkokok tentang betapa kuning bersihnya demokrasi. Mereka bersahabat dengan mereka yang kuat menentang hudud.

Tup-tup minggu lalu, Archbishop of Canterbury pula berkokok mencadangkan perlaksanaan hukum syariah di UK. Kokokan beliau telah menimbulkan kontroversi di kalangan marhaen Kristian dan Islam seantero jajahan UK.

Dan minggu ini, di dada akhbar tertera gambar PM berpimpin tangan dengan Sheikul Al-Azhar. Harakahdaily sekadarnya menyiar berita Tun M mohon ummah merujuk kepada ulama. Tapi kepimpinan so-called Ulama sudah tidak lagi berkokok tentang HUDUD. Probably kita perlu mengundang Archbishop of Canterbury ke sini untuk berkokok dan mengingatkan ulama supaya memperjuangkan HUDUD semula di negara yang sudah ada perundangan syariahnya.

Saturday, February 16, 2008

Merujuk Ulama

Antara yang menarik hujung minggu ini ialah tajuk utama Harakahdaily hari menyiarkan berita Tun M, seorang yang dulunya kerabat mereka gelar MahaFiraun dan Taghut. Yang lebih menarik hati saya:

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir
Wan Nordin dan Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Feb 16, 08 | 2:09:33 pm MYT
......
Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama [U dibesarkan) untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik. .....


Sudah tentu kenyataan ini disiarkan to give an advantage kepada kerabat dalam pemilu yang akan datang.


Beberapa hari kebela-kangan ini, pemimpin-pemimpin BN menyatakan telah serah senarai calun dan merujuk serta menyerah-kan kepada kebijak-sanaan PM (seorang ulama) memberi kata putus. Dan di paper-paper utama hari ini disiarkan gambar PM berpimpin tangan dengan Sheikul Al-Azhar..... Agaknya ulama [anak seorang Ulama dan cucu seorang ULAMA] pun kena dapatkan restu ULAMA?

Begitulah drama dunia politik........