Thursday, February 21, 2008

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin!


Dalam demam pilihan raya ini, bro and sis PAS sibuk berkokok slogan "Lawan Tetap Lawan". Hari ini Husam keluarkan Star TV statement berikut:

URL : http://videos.thestar.com.my/default.aspx?vid=928

PAS Offers Power-sharing Deal
Press conference by PAS vice-president Datuk Husam Musa in which he announces that the party is willing to share power with the Barisan National if it wins a substantial number of seats in Parliament.


In contrast, Husam is saying "kawan mahu kawan" or probably "kahwin mahu kahwin". DAP pun dah mengaku BN pasti menang. It seems that kepimpinan PAS trusts UMNO better than DAP & PKR. Mind you that PAS is a serpihan of UMNO. PAS has done it before (rujuk semula dengan UMNO) and I wish those two parties would work together untuk menegakkan kedaulatan Islam dan kepentingan ummah. PAS offers power-sharing atau PAS kecek power-sharing dengan UMNO? Jom kita kira as "yo podowae" sudahlah. Pastikan DUN and Parlimen majoriti Mim yang disedekah jadi milik Mim.

Monday, February 18, 2008

Archbishop of Canterbury

Saya teringat sewaktu kempen pemilu 1999, PAS Darul Iman menjanjikan kesediaan "akan laksana HUDUD sebelum ayam berkokok!". PAS menang pada tahun itu. Malangnya sepanjang satu penggal pemerintahan, hudud tidak juga dilaksana. Sepanjang penggal itu, entah sudah berapa generasi ayam berganti berkokok. Sudah berapa generasi arwah ayam yang keletihan berkokok.

Sekarang PAS sudah tidak lagi berkokok tentang HUDUD untuk Malaysia. Mereka berkokok tentang betapa kuning bersihnya demokrasi. Mereka bersahabat dengan mereka yang kuat menentang hudud.

Tup-tup minggu lalu, Archbishop of Canterbury pula berkokok mencadangkan perlaksanaan hukum syariah di UK. Kokokan beliau telah menimbulkan kontroversi di kalangan marhaen Kristian dan Islam seantero jajahan UK.

Dan minggu ini, di dada akhbar tertera gambar PM berpimpin tangan dengan Sheikul Al-Azhar. Harakahdaily sekadarnya menyiar berita Tun M mohon ummah merujuk kepada ulama. Tapi kepimpinan so-called Ulama sudah tidak lagi berkokok tentang HUDUD. Probably kita perlu mengundang Archbishop of Canterbury ke sini untuk berkokok dan mengingatkan ulama supaya memperjuangkan HUDUD semula di negara yang sudah ada perundangan syariahnya.

Saturday, February 16, 2008

Merujuk Ulama

Antara yang menarik hujung minggu ini ialah tajuk utama Harakahdaily hari menyiarkan berita Tun M, seorang yang dulunya kerabat mereka gelar MahaFiraun dan Taghut. Yang lebih menarik hati saya:

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir
Wan Nordin dan Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Feb 16, 08 | 2:09:33 pm MYT
......
Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama [U dibesarkan) untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik. .....


Sudah tentu kenyataan ini disiarkan to give an advantage kepada kerabat dalam pemilu yang akan datang.


Beberapa hari kebela-kangan ini, pemimpin-pemimpin BN menyatakan telah serah senarai calun dan merujuk serta menyerah-kan kepada kebijak-sanaan PM (seorang ulama) memberi kata putus. Dan di paper-paper utama hari ini disiarkan gambar PM berpimpin tangan dengan Sheikul Al-Azhar..... Agaknya ulama [anak seorang Ulama dan cucu seorang ULAMA] pun kena dapatkan restu ULAMA?

Begitulah drama dunia politik........

Thursday, February 14, 2008

Ulama Pewaris Nabi?

Saya pernah ditegur oleh seorang teman "Jangan main-mainkan ulama kerana ulama pewaris Nabi!" And sebelum itu, saya kerap dengar ungkapan yang yang sama. Jenuh bertahun saya mencari nas asalnya. So bila dimomokkan lagi begitu saya teruskan pencarian. Finally kurang dari 6 bulan dulu saya jumpa nas asal yang berikut:


Narrated Abu al Darda':

Kathir ibn Qays said: I was sitting with AbudDarda' in the mosque of Damascus.

A man came to him and said: AbudDarda, I have come to you from the town of the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) for a tradition that I have heard you relate from the Apostle of Allah (peace_be_upon_him). I have come for no other purpose.

He said: I heard the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) say: If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of Paradise. The angels will lower their wings in their great pleasure with one who seeks knowledge, the inhabitants of the heavens and the Earth and the fish in the deep waters will ask forgiveness for the learned man. The superiority of the learned man over the devout is like that of the moon, on the night when it is full, over the rest of the stars. The learned are the heirs of the Prophets, and the Prophets leave neither dinar nor dirham, leaving only knowledge, and he who takes it takes an abundant portion
. Sunan Abu Daud 25:3634.

Ternyata yang dinyatakan Rasullullah s.a.w ialah "para ilmuan pewaris para nabi!" Tu yang lama tak jumpa kerana yang dicari keyword "ulama pewaris nabi".

Dr Shafie Abu Bakar dalam tulisannya "Cabaran terhadap ulama" menyatakan pengiktirafan (ulama) diperkukuhkan lagi dengan firman-Nya bermaksud: Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hambanya ialah ulama. (Fatir, 35: 28). Semakan di Quran yang saya buat sekali lagi menunjukkan 'ulama' yang sebenarnya dimaksudkan ialah para ilmuan.

And of men and beasts and cattle are various species of it likewise; those of His servants only who are possessed of knowledge fear Allah; surely Allah is Mighty, Forgiving. (Fatir 38)

Di satu ayat yang lain dinyatakan lagi "ilmuan".

O you who believe! when it is said to you, Make room in (your) assemblies, then make ample room, Allah will give you ample, and when it is said: Rise up, then rise up. Allah will exalt those of you who believe, and those who are given knowledge, in high degrees; and Allah is Aware of what you do. (Al Mujadala 11)

Saya kemudiannya bertanya seorang pensyarah PhD bidang hadith. Kata ustaz "Yes ulama dalam hadith itu yang dimaksudkan sebenarnya para ilmuan. Tapi ramai 'ulama (ugama)' yang mensempitkan kononnya hanya untuk mereka! Contohnya seorang pakar logam adalah pewaris Daud a.s., seorang pakar ekonomi adalah pewaris Yusof a.s., seorang pakar pembuatan kapal adalah pewaris Noh a.s."

Wednesday, February 13, 2008

Ulama dan Kepala Ikan

Semalam PM memberitahu pemberita bahawa parlimen tidak akan dibubarkan pada hari ini. However, tengahari ini, he announced pembubaran parlimen.

Sujan, seorang rakan lama, telah menghantar e-mail kepada e-group saya:

"Semalam kata tak mungkin bubar parlimen ari ni.
Ari ni dah bubaaaar.
Awal-awal lagi (PM) dah menipuuuu.
Betul kata Jalil, 'ikan busuk mula dari kepalanya'"


Segera saya menjawab lebih kurang begini:

“1. CORRECT, CORRECT, CORRECT dear bros and sis. Terbukti ulama dan Ulama pun pandai menipu! Dalam 24h, at least sempat juga ayam-ayam jaguh berkokok dua kali! Kalau ayam berkokok selama satu penggal dan hudud belum juga kun fa ya kun dijalankan [TG pernah berjanji, jika PAS menang, hudud akan dilaksanakan di Darul Iman sebelum ayam berkokok], ayam tentu letih.. Cucu-cicit yang sambung tugas berkokok pun entah dah beberapa generasi. Mind you, ayam biasanya dijual dalam masa 45-50 hari dari distok! 1 penggal (undangan negeri) dibahagi 50 hari... dah berapa kali ayam boleh dijual?

2. CORRECTion, CORRECTion, CORRECTion dear bro and sis. Mas Sujan buat salah, Mas Jalil buat salah. Jalil salah buat statement and Sujan salah tak kaji betul-betul samada statement Jalil betul atau salah.

Sebagai seorang yang belajar tentang pemperosesan ikan segar, salai dan kaling serta pernah kerja di tempat pemprosesan ikan segar, saya terpanggil untuk betulkan this misconception and assure you all that "ikan tidak mula busuk dari kepala". Ia mula busuk dari perut (termasuk usus). Bro and sis, di perutlah banyak bakteria! Nabi pun pernah berkata banyak penyakit berpunca dari perut! Ungkapan Melayu itu memang lari dari kebenaran. Kita ditipu ulama peribahasa.. Dalam proses pasca panen, kita perlu keluarkan gut untuk elak ikan segar dari cepat busuk! Insang dikeluarkan kerana orang tak makan insang.

Setiap kali saya beli ikan, saya make sure saya buang gut and insang and bersihkan darah dalam buccal cavity ikan sebelum simpan di freezer. Di UK dan US, ikan segar biasanya dipamer dan dijual gutless supaya shelf-lifenya panjang. Tapi kat Malaysia yang ikan dll cepat rosak, orang tak beli kalau ikan kalau ikan telah dibersihkan!

Satu lagi bro and sis..... That is why kari kepala ikan dan sop bighead carp orang gila bang. Kalau tempat mula busuk, tentulah orang dah lama hindar!

Namun kalau kata udang rosak dari kepala, then separa betullah! Sebenarnya ia mula rosak dari perut tapi malangnya perutnya berada di kepala! Itu sebablah dikatakan "otak udang"! Perut tempat punca kebusukan diletak (Allah) di kepala supaya manusia berfikir. Itulah sebabnya di Barat, tail atau sebenarnya isi sahaja sahaja yang dijual.