Saturday, May 12, 2018

Ubah Apa??


PRU14 telah berakhir. PH menang BESAR. Pas menang dua negeri. PM dan TPM sudah dilantik. Tiga menteri kanan telah dilantik. Tetapi 7 menteri yang lain belum dapat dilantik. Agaknya masih berebut? Di masa yang sama masih belum ada perlantikan MB Perlis dan Pahang serta KM Sabah. Banyak yang perlu dilakukan PM.


Tup-tup Rafizi petang ini mengatakan bahawa perlantikan 3 menteri sekarang tidak direstui PKR. Semalam Saifuddin keluarkan kenyataan mahu segera jadikan DSAJ PM ke 8. Jadi apakah ubahnya? Orang muda PKR kelihatan masih berjuang untuk DSAJ bukannya untuk melakukan perubahan kepada Malaysia Baharu. Sedang diserata dunia, dikompang media barat bahawa orang muda Malaysia memilih an old PM to bring the change and chart their future. Apa dah jadi?? Kita memilih untuk Tun Mahathir melakukan pembinaan semula negara atau kita sebenarnya memilih untuk menjadikan DSAJ PM setelah dua dekad GAGAL? Jika ini berlaku, kita mengkhianati rakyat yang mahukan perubahan kepada kemajuan negara, mengurangkan kos sara hidup, memberi lebih banyak latihan dan peluang pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

PH menang besar sebab ramai anak muda dan orang tua yang bukan pengikut PKR, Amanah dan PAP tegar inginkan TM membawa perubahan untuk masa hadapan mereka dan cucu mereka. Mereka memilih TM sebagaimana anak muda Terengganu dan Kelantan memilih PAS. TM wajib diberikan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk memimpin Malaysia. Bukan dengan cepat diganti DSAJ. Kemudian barulah diserahkan. Biarkan DSAJ anak beranak memenang PRUnya sendiri dan bukan dari jalan belakang melalu PRK yang membazir duit.

Orang dulu-dulu selalu peringat anak-anak yang sakan bermain "Jangan suka sangat sampai tak ingat dunia (akhirat), nanti ada yang menangis!" Rakyat Afghanistan telah merasa akibat gumbira sakan berubah. Rakyat Iraq sudah merasa. Rakyat Libya sudah merasa. Semoga kita selamat dari fenomena perubahan yang dirancang negara-negara luar sudah beberapa dekad.