Saturday, May 12, 2018

Ubah Apa??


PRU14 telah berakhir. PH menang BESAR. Pas menang dua negeri. PM dan TPM sudah dilantik. Tiga menteri kanan telah dilantik. Tetapi 7 menteri yang lain belum dapat dilantik. Agaknya masih berebut? Di masa yang sama masih belum ada perlantikan MB Perlis dan Pahang serta KM Sabah. Banyak yang perlu dilakukan PM.


Tup-tup Rafizi petang ini mengatakan bahawa perlantikan 3 menteri sekarang tidak direstui PKR. Semalam Saifuddin keluarkan kenyataan mahu segera jadikan DSAJ PM ke 8. Jadi apakah ubahnya? Orang muda PKR kelihatan masih berjuang untuk DSAJ bukannya untuk melakukan perubahan kepada Malaysia Baharu. Sedang diserata dunia, dikompang media barat bahawa orang muda Malaysia memilih an old PM to bring the change and chart their future. Apa dah jadi?? Kita memilih untuk Tun Mahathir melakukan pembinaan semula negara atau kita sebenarnya memilih untuk menjadikan DSAJ PM setelah dua dekad GAGAL? Jika ini berlaku, kita mengkhianati rakyat yang mahukan perubahan kepada kemajuan negara, mengurangkan kos sara hidup, memberi lebih banyak latihan dan peluang pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

PH menang besar sebab ramai anak muda dan orang tua yang bukan pengikut PKR, Amanah dan PAP tegar inginkan TM membawa perubahan untuk masa hadapan mereka dan cucu mereka. Mereka memilih TM sebagaimana anak muda Terengganu dan Kelantan memilih PAS. TM wajib diberikan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk memimpin Malaysia. Bukan dengan cepat diganti DSAJ. Kemudian barulah diserahkan. Biarkan DSAJ anak beranak memenang PRUnya sendiri dan bukan dari jalan belakang melalu PRK yang membazir duit.

Orang dulu-dulu selalu peringat anak-anak yang sakan bermain "Jangan suka sangat sampai tak ingat dunia (akhirat), nanti ada yang menangis!" Rakyat Afghanistan telah merasa akibat gumbira sakan berubah. Rakyat Iraq sudah merasa. Rakyat Libya sudah merasa. Semoga kita selamat dari fenomena perubahan yang dirancang negara-negara luar sudah beberapa dekad.




Monday, May 07, 2018

Bulan Di Atas Kuburan II

Of late, ada beberapa perkara yang agak pelik. Antaranya sudah mula trend ziarah kubur ulama menjelang PRU. Sepatutnya kita ziarah ulama semasa hidupnya. Sepatutnya kena rajin ikuti kuliah subuh dan kuliah maghribnya. Rajin baca kitab tulisannya. Tak perlulah bawa limau tambun nak suap ulama. Bawalah ipad ambil nota. Ambil mesej ugama yang disampaikan.

Anihnya ada satu ulamanya semasa hidupnya sering menjadi punching bag seorang pemimpin.yang lama bertakhta. Pemimpin-pemimpin pembangkang muslim dan bukan muslim pula sering bertemunya bila terbuat atau terpalit dosa. Trend ini sangat membimbangkan ketika itu seolah TG tempat "confession" dan pembersihan dosa. Selain itu ada pula pemimpin bukan muslim dari negeri sebelah sanggup mendengar kuliahnya setelah mendapat tanah beribu ekar.

Tup-tup pemimpin yang sering membantai ulama tiba-tiba mula ziarah kubur ulama. Kubur pertama adalah kubur ulama yang tidak sempat melihat the former bermain tahi (kerana nyanyuk). Dirai anak, pemimpin jebon dan wartawan. Rencana kubur seterusnya juga kubur lawan lamanya juga. Malangnya waris-warisnya menghalang. Apakah sudah mula trend mengkeramati kubur ulama untuk menang pilihanraya?

Wednesday, May 02, 2018

Demo Kerat 9

Sejak bulan meninggalkan DSAJ dan PAP, jebons yang mendakwa demokrat Islam pula meninggalkan bulan walaupun beberapa kenyataan dibuat mereka termasuk wamahyaya wamamati bulan kononnya. Kini bulan sendirian dan dipukul dari kiri dan kanan. Jebons, PAP dan lain-lain dalam pakatan memomok rakyat bahawa bulan dah mesra keris. Ramai juga rakan-rakan saya yang termakan racun mereka. Yang dulu bukan main peringatkan orang lain akan bahaya pakatan kepada penggunaan nama Allah dan akidah, sekarang juga sudah termakan racun apabila TM menyeberang barisan.

p/s Rupanya telah terlalu lama saya tidak menulis di sini kerana kesibukan di media lain. Entri terakhir saya sebelum ini adalah di bulan November 2016. Namun entri hari ini rupanya berkaitan juga dengan entri itu.