Saturday, May 04, 2013

Pemimpin Berwawasan?

Yayasan Anda Akademik ditubuhkan sejak 1971. Sehingga kini masih berdudukan sekolah yang mereket walaupun pengasasnya sudah duduk di rumah berjuta ringgit, terbang seantero negeri dan dunia dan pernah berkedudukan sangat tinggi. Cubalah anda fikirkan, sekiranya pengasas ini mempunyai wawasan yang jauh, di manakah kedudukan Yayasan Anda sekarang?

Institut Teknologi Pertama sekarang. Yayasan Anda?
Saya teringat isteri saya yang pulang dari luarnegara ketika negara mengalami kemelesetan ekonomi. Puas cari kerja tetapi tiada walaupun dengan kelulusan profesional. Setelah beberapa bulan mencari, akhirnya dapat menjadi pensyarah di Institut Teknologi Pertama. Institut ini terletak di Kompleks Pertama, salah satu shopping complex yang terkenal masa itu. Institut ini ditubuhkan terkemudian dari Yayasan Anda (1986).

Gaji tak banyak setakat RM600 sebulan. Sebanyak gaji graduan Skim Khidmat Sementara (SKS) i.e. kurang 55% dari sepatutnya. Institut ketika itu ada beberapa program diploma. Pelajar pun tak ramai.

Sekarang Institut Teknologi Pertama sudah berpindah ke Mantin. Infrastruktur dan fasilitinya hebat. Menawarkan 8 bidang di peringkat diploma dan ijazah yang diiktiraf JPA. Ia dimajukan tanpa bantuan kerajaan. Bagaimana dengan Yayasan Anda? Masih mereket. Homepage pun tiada. Maktab Adabi pun lebih hebat. Jadi logikkah orang yang gagal memertabatkan Yayasan Anda mempunyai wawasan untuk memimpin dan memajukan negara?  Setakat ini dia hanya hebat mengatur demonstrasi dan menyalahkan serta mengugut orang. Fikir-fikirkanlah bangsaku. Jangan sia-siakan undi anda!