Friday, December 30, 2011

Kiamat Dah Dekat?

Apalah nak jadi dengan umat Islam Malaysia kita ini. Demi ketaksuban pemujaan yang terlampau berlebih-lebihan si zaujah mengiktiraf zaujnya sebagai "Anugerah Allah" kepada Malaysia. Terbaharu sahabat "ulama" mengangkat lebih tinggi mengiktirafnya menggunakan hadith-hadith sebagai pemimpin yang (hinted dijanjikan Allah) bakal membebaskan Al Aqsa (hinted "Imam Mahdi"). Pening juga saya memikirkan bagaimana sahabat zionists US dan barat sedang dipersiapkan Allah sebagai pembebas Al Aqsa? Bagaimana Imam Mahdi boleh masuk UMNO (yang dianggap kotor), pi dancing, etc etc belum lagi video bulan terbelah...? Takkanlah Imam Mahdi yang bakal mendampingi Isa A.S. boleh buat silap-silap besar?



BTW, ada seorang saintis Muslim memberitahu saya mengikut data dan fakta sainsnya, insyaAllah kiamat bukan di zaman kita. WaAllahualam. Kita dididik hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tapi menurut hadith bila nak kiamat Isa A.S. akan turun berbaju kuning cair menentang dajjal. Dah dua kali gelombang kuning melanda Malaysia. Siapa pula Isa then?

Sedutan Posting terdahulu saya....

Gelombang Kuning 3: Kiamat Sudah Dekat?

Semasa saya kecil dahulu, beberapa ustaz menceritakan bahawa di akhir-akhir zaman, Nabi Isa a.s. akan diturunkan Allah untuk memerangi dajjal. Semalam saya terjumpa beberapa hadith mengenainya termasuk yang berikut:

Narrated Abu Hurairah:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: There is no prophet between me and him, that is, ISA (peace_be_upon_him). He will descent (to the earth). When you see him, recognise him: a man of medium height, reddish fair, wearing two light yellow garments, looking as if drops were falling down from his head though it will not be wet. He will fight the people for the cause of Islam. He will break the cross, kill swine, and abolish jizyah. Allah will perish all religions except Islam. He will destroy the Antichrist and will live on the earth for forty years and then he will die. The Muslims will pray over him. (Sunan Abu Daud 37.4310)


Ada juga ustaz bercerita bahawa ISA a.s. akan dibantu oleh seorang Imam MaHADI. Barangkali cerita ini didasarkan daripada hadith ini:

It is narrated on the authority of Abu Hurairah hthat the Messenger of Allah (may peace be upon him) observed: What will be your state when the son of Mary descends amongst you and there will be an Imam amongst you? (Sahih Muslim 1.0290)