Dunia Melayu ni semakin pelik. Dalam ketaksuban yang kronik, walaupun dengan bukti yang nyata, sesetengah kita tetap berpaling dan berkata "Ini fitnah dan konspirasi jahat dan jijik yang berterusan!" Kita berdusta menolak bukti dan mengikut kecenderongan hawa nafsu kita. Kita lupa bahawa setiap perkara dan kejadian adalah ditentukan oleh Allah (yang pasti ada hikmahnya). Kita lupa kita bersolat hajat meminta pentunjuk Allah. Tetapi bila Allah telah tunjukkan tanda, kita tetap menolaknya dengan pelbagai alasan. Kita minta pula empat saksi dan bermacam walhal ketika kita menuduh puak lain merogol budak atau amah, meledak wanita Mongol dan sebagainya, kita tidak pula memerlukan empat saksi.
Maka keadaan sekarang mengingatkan saya kepada Al Qamar 1-3:
"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu bukti (mukjizat), mereka berpaling ingkar sambil berkata: Ini adalah sihir yang terus menerus berlaku. Dan mereka berdusta serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah."
Dan kita terus menidakkan yang haq. Kita lupa Al Israa 81:
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."
Dan kita terus menidakkan dan berulang mendendangkan lagu DIA....