Monday, December 03, 2007

Gelombang Kuning 5: Perkara-perkara Furuk

1. Saya baru selesai solat asar. Lambat sikit kerana baru balik dari mesyuarat. Sementara menunggu maghrib di pejabat, terpanggil nak menulis.

2. Saya sempat baca balasan sahabat saya kepada jawapan saya tentang furuk. Jelaslah beliau tidak faham bahawa tulisan saya sebenarnya perlu dibaca between the lines.

Jika saya katakan "saya rugi" maka itu bukan ertinya "saya rugi." Saya menyindir dalam lembut.

Jika saya katakan "tiada himpunan kitab2 dan buku hebat", maka maksud saya rujuklah dulu secara terus dengan sumber asli iaitu Quran & sunnah yang sepertimana yang diminta Rasullullah.

Al Quran diturunkan dalam bahasa-bahasa yang mudah sepertimana yang diterangkan dalam Al Naml (Semut) 1 dan 2:

Ta Sin! These are the verses of the Quran and the Book that makes (things) clear. A guidance and good news for the believers,

Dan Rasullullah sudah tentunya menjelaskan dengan bahasa-bahasa yang mudah dan terang. Maka jika Rasullullah menyebut "larang", "pakaian orang tidak beriman" dan "bakar" masihkah boleh jadi perkara-perkara furuk sedangkan larangan baginda jelas? Bolehkah ia menjadi sampai bab-bab bidaah membidaah? Masihkah perlu bersuluh sesuatu yang jelas terang?

Alhamdulillah saya tidak menyertai mana-mana parti politik. Pemikiran saya tidak dikaburi sebarang padangan kepartian atau tuan guru. Kesetiaan saya pada perjuangan berdasarkan Quran dan sunnah. Tidak pada pemimpin tertentu. Jika ada pempimpin atau sahabat yang tersasar, maka saya akan tegur tanpa takut namun kerap dalam bahasa berlapik-lapik tapi sebenarnya brutal. Jika diteliti, akan ada cili-cili padinya. Malah saya pernah berpatang arang dengan ketua usrah saya berdasarkan prinsip apabila ketua membuat apa yang pernah beliau tegah dengan alasan tuntutan Quran dan sunnah dan "membenarkan" beliau melakukan apa yang pernah beliau tegah dengan alasan "Islam itu tidak memberatkan. Kita jangan terganggu dengan perkara-perkara furuk atau khilafiah. They are non issues!"

Bagi saya, kita wajib menjauhi perkara-perkara jelas ditegah dan boleh membawa fitnah! Dan dari jawapan teman, Timbalan Presiden PAS pun tidak sedar atau aware kewujudan hadith-hadith sahih itu. Namun saya gembira kerana sahabat saya dan Timbalan Presiden partinya tidak menyatakan bahawa hadith-hadith yang saya sebut adalah PALSU. Mengalih ke kononnya perkara-perkara furuk merupakan satu korner baring dan stunt yang hebat. Kalah mat-mat rempit atau Max Biaggi!

Rugilah mereka yang membaca kitab-kitab hebat tetapi tidak berfikir. Rugilah mereka yang telah ditunjukkan perkara-perkara yang terang dalam Quran dan hadith, tetapi tidak boleh berfikir. Rasullullah tinggalkan umatnya Quran dan sunnah untuk umatnya berfikir dan bukannya untuk ketua-ketua kita fikir untuk mengabur dan korner baring kita! Lebih rugi kita jika kita beranggapan "dia memberi petunjuk" kepada persoalan melalui ceramah umum dan h******daily! Kita bukan umat Ayah Pin!!!