Saturday, December 08, 2007

Gelombang Putih


Saya dan isteri akan berangkat ke Mekah untuk menunai fardhu haji dalam beberapa hari lagi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada adik beradik, saudara mara dan sahabat-sahabat yang telah menghulurkan sumbangan. Ada antara sumbangan ini melangkau imaginasi sesiapa. Terima kasih.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada saudara mara, sahabat dan pembaca jika tulisan saya 'menggegar' hati. Doakan agar perjalanan saya dan isteri mengerjakan segala ibadah di sana dipermudahkan Allah dan kami mendapat haji mabrur. Saya akan sambung tulisan saya selepas mengerjakan haji.

Monday, December 03, 2007

Gelombang Kuning 5: Perkara-perkara Furuk

1. Saya baru selesai solat asar. Lambat sikit kerana baru balik dari mesyuarat. Sementara menunggu maghrib di pejabat, terpanggil nak menulis.

2. Saya sempat baca balasan sahabat saya kepada jawapan saya tentang furuk. Jelaslah beliau tidak faham bahawa tulisan saya sebenarnya perlu dibaca between the lines.

Jika saya katakan "saya rugi" maka itu bukan ertinya "saya rugi." Saya menyindir dalam lembut.

Jika saya katakan "tiada himpunan kitab2 dan buku hebat", maka maksud saya rujuklah dulu secara terus dengan sumber asli iaitu Quran & sunnah yang sepertimana yang diminta Rasullullah.

Al Quran diturunkan dalam bahasa-bahasa yang mudah sepertimana yang diterangkan dalam Al Naml (Semut) 1 dan 2:

Ta Sin! These are the verses of the Quran and the Book that makes (things) clear. A guidance and good news for the believers,

Dan Rasullullah sudah tentunya menjelaskan dengan bahasa-bahasa yang mudah dan terang. Maka jika Rasullullah menyebut "larang", "pakaian orang tidak beriman" dan "bakar" masihkah boleh jadi perkara-perkara furuk sedangkan larangan baginda jelas? Bolehkah ia menjadi sampai bab-bab bidaah membidaah? Masihkah perlu bersuluh sesuatu yang jelas terang?

Alhamdulillah saya tidak menyertai mana-mana parti politik. Pemikiran saya tidak dikaburi sebarang padangan kepartian atau tuan guru. Kesetiaan saya pada perjuangan berdasarkan Quran dan sunnah. Tidak pada pemimpin tertentu. Jika ada pempimpin atau sahabat yang tersasar, maka saya akan tegur tanpa takut namun kerap dalam bahasa berlapik-lapik tapi sebenarnya brutal. Jika diteliti, akan ada cili-cili padinya. Malah saya pernah berpatang arang dengan ketua usrah saya berdasarkan prinsip apabila ketua membuat apa yang pernah beliau tegah dengan alasan tuntutan Quran dan sunnah dan "membenarkan" beliau melakukan apa yang pernah beliau tegah dengan alasan "Islam itu tidak memberatkan. Kita jangan terganggu dengan perkara-perkara furuk atau khilafiah. They are non issues!"

Bagi saya, kita wajib menjauhi perkara-perkara jelas ditegah dan boleh membawa fitnah! Dan dari jawapan teman, Timbalan Presiden PAS pun tidak sedar atau aware kewujudan hadith-hadith sahih itu. Namun saya gembira kerana sahabat saya dan Timbalan Presiden partinya tidak menyatakan bahawa hadith-hadith yang saya sebut adalah PALSU. Mengalih ke kononnya perkara-perkara furuk merupakan satu korner baring dan stunt yang hebat. Kalah mat-mat rempit atau Max Biaggi!

Rugilah mereka yang membaca kitab-kitab hebat tetapi tidak berfikir. Rugilah mereka yang telah ditunjukkan perkara-perkara yang terang dalam Quran dan hadith, tetapi tidak boleh berfikir. Rasullullah tinggalkan umatnya Quran dan sunnah untuk umatnya berfikir dan bukannya untuk ketua-ketua kita fikir untuk mengabur dan korner baring kita! Lebih rugi kita jika kita beranggapan "dia memberi petunjuk" kepada persoalan melalui ceramah umum dan h******daily! Kita bukan umat Ayah Pin!!!

Sunday, December 02, 2007

Gelombang Kuning 4: The official answer?

Rupanya tulisan saya Gelombang Kuning mendapat reaksi dari seorang teman. Beliau menyatakan jika ada satu hadith sahih Rasullullah melarang belum tentu jadi HARAM. Dan beliau mengambil usaha yang banyak mencari kitab-kitab hebat tetapi belum berkesempatan menyemak buku himpunan Sahih Muslim.

Malah beliau telah menanyakan Timbalan Presiden PAS.

____
Asm,

saya sertakan satu berita dari harakadaily.net. Mohon maaf jika ada yg sensitive. Tetapi ada cerita dibalik berita itu. Pada pagi khamis, saya sms kepada Ust Nasharudin Mat Isa, dan berkata "ada org argue warna kuning bersih, dgn beberapa hadis. Cam ne nak jawab" Beliau reply "hadis mana" dan saya mengatakan hadis tersebut. Kemudian beliau reply "ok", dan saya menjawab "Give me few points to write". Dia hanya menjawab " I will check". Tidak ada reply dia selepas itu yg menyebabkn saya perlu membuka beberapa buku secara sendiri.

Rupanya pada malam itu disatu ceramah, dia menyatakan..ada isu bidaah yg lebih besar yg perlu di tangani dinegara ini...kemungkinan dia teringat isu kuning bersih..

Bila kita mengatakan ada benda kecik dan ada benda yg besar, akan ada yg sensitive tetapi itulah hakikatnya.

>>>>
Fokus kepada isu besar, elak bincang soal bidaah - Ustaz Nasharudin
Bashir Ishak
Fri | Nov 30, 07 | 4:04:51 pm MYT
BESERI, 30 Nov (Hrkh)- Ketika negara sedang menghadapi krisis besar kepimpinan, perkara-perkara yang bersifat khilafiah dalam ibadah tidak sepatutnya dibesar-besarkan, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau mengulas tentang kecenderungan sesetengah pihak yang suka membangkitkan perkara-perkara furuk atau cabang di dalam agama sedangkan banyak isu besar lain yang melibatkan kepentingan ummah belum diselesaikan.
"Ketika kita sedang membincangkan pelbagai isu besar tentang masa depan rakyat, negara, agama dan bangsa ada pihak yang lebih berminat menyebut benda-benda khilafiah. Buat ini bidaah, buat itu bidaah.
_____

Dan saya yang tidak menyertai atau taksub mana-mana parti politik sekadar menjawab ....

1. Isu asalnya bukan demonstrasi atau BERSIH itu.

2. Saya pun menjadi semakin rugi .... Yang Rasullullah tidak disuruh tanam periuknya boleh jatuh haram... yang Rasullullah suruh bakar pula boleh jatuh bidaah. Malah ada sahabat-sahabat saya yang menyatakan bahawa hadith-hadith sahih itu PALSU sebelum membuka buku himpunan hadith Muslim.

Narrated Abu Musa:

The Prophet said, "My example and the example of what I have been sent with is that of a man who came to some people and said, 'O people! I have seen the enemy's army with my own eyes, and I am the naked warner; so protect yourselves!' Then a group of his people obeyed him and fled at night proceeding stealthily till they were safe, while another group of them disbelieved him and stayed at their places till morning when the army came upon them, and killed and ruined them completely So this is the example of that person who obeys me and follows what I have brought (the Quran and the Sunna), and the example of the one who disobeys me and disbelieves the truth I have brought." (Sahih Muslim 9: 92:387)



3. Namun "bakar" adalah simbol umat Melayu sejagat yang memang hebat dan sedap seperti ikan bakar, udang bakar, sotong bakar, tahu bakar, kuih bakar, jagung bakar, ubi bakar etc etc.

4. Anyway, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan maaf jika perbuatan dan tulisan saya yang kongsikan di sini selama ini ada yang menyentuh atau menghiris hati tuan puan. Saya bukan ahli mana-mana parti dan segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang salah dan tidak baik itu adalah kelemahan saya sendiri yang tidak mempunyai himpunan kitab-kitab dan buku-buku hebat.