Written: Thu Aug 26, 2004 4:53 pm
Apa sebut-sebut Munajat? Just mengingatkan peristiwa luarbiasa di
1976.
Jalil Marzuki planned a date with his 2M girl dekat-dekat penghujung penggal 3. Saya cadangkan mohonlah girlnya ajak classmatenya Dang Suria sekali. Boleh double date.
Dang Suria ni saya amati sering memandang dan melemparkan senyum manis kepada saya pada setiap perhimpunan pagi. So saya ingin cuba nasib. Sebelumnya saya pernah menghantar kad misteri kepadanya.
Pada petang berkenaan the two girls came to the agreed place. Di luar jangkaan saya. Saya yang tak pernah berdating menjadi panic. I chickened out in the last minute dan tak berani turun dari kelas 5E2.
Jalil pergi berjumpa girlnya. Lepas the "date", Jalil scolded me kerana memalukan dia & his "girl". Saya berasa sangat guilty dan berjanji dengan Jalil untuk meminta maaf dengan Dang Suria.
Kebetulan semasa saya dalam perjalanan pulang ke asrama, saya ternampak Dang Suria di bilik Home Science. Kerana janji saya dengan Jalil, saya paksa dan beranikan diri pi jumpa the girl. Saya meminta tolong Syed Faisal, budak form 1 yang kebetulan ada di kelas Form 1 yang berhampiran bilik Home Science itu, untuk memberitahu Dang Suria yang saya ingin berjumpa.
Nasib baiklah Dang Suria masih sudi berjumpa saya di bilik Form 1M1 tu. Saya segera memohon maaf dan menyatakan tujuan ingin berkenalan. Cepat-cepat dia warned "Kawan aje tahu! Lebih2 tak boleh!!". I was taken aback mulanya. Sudahnya she was the bubbly one. Kami bertukar cerita walaupun saya yang lebih mendengar cerita-ceritanya. She even told me that ada 2 boys nak jumpa dia that afternoon. Dia memilih berjumpa saya. Proud to be "the chosen one". Sempat juga saya bertanya "Boyfriends ke?" "Tidak." jawabnya.
Saya memberitahunya tentang sayalah pengirim kad misteri beberapa bulan terdahulu. Kandungan kad itu ringkas yang lebih kurang "Jangan kerap merenung abang sewaktu assembly, takut abang tergoda. Abang 5E2". To my suprise dengan senyuman manis she said "Saya dah lama agak dah siapa pengirim itu. Betullah tekaan saya!" Hmmmmmmmm maknanya she knew siapa yang sering direnungnya di assemblies... dan saya bukannya terperasan sendiri!
Sedang kami seronok berbual, tiba2 Y Munajat lalu di koridor. He was one of the other boys yang ingin berjumpa Dang Suria petang itu. He saw us! Since dia tak menunjukkan sebarang reaksi, tidak menyerbu masuk dan Dang Suria kata dia belum ada boyfriend, we thought it was OKle. Bersembang teruslah kami sehingga lewat asar. It was a good and happy date. We were happy. Bersetuju berjumpa lagi jika berkesempatan. Dang Suria ke bilik Home Science semula (sebelum pulang ke asrama puteri).
Sebaik saja Dang Suria masuk ke bilik Home Science, saya beredar untuk pulang. Gembira saya rupanya sebentar.
Tanggapan kami tentang kesportingan Y Munajat was wrong! Sebaik sahaja saya melalui kelas 1M2 Y Munajat grabbed me. Y Munajat bertanya beberapa kali "Mana Dang Suria?". Sangat amarah.
Melihat kemarahan Y Munajat yang meruap-ruap, terpaksalah saya berbohong sunat kata she had already long gone to her dorm. Saya bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang tidak baik jika Y Munajat tahu Dang Suria ada di bilik Home Science. Biarlah saya hadapi consequencenya seorang. Saya minta Y Munajat berbanyak mengucap dan bersabar.
Dengan nada yang penuh emosi dan sedih, he told me he was deeply in love with her. Sudah lama menaruh harapan tinggi dengan Dang Suria itu. Bla bla bla dengan penuh emosi. Terkejut beruklah saya kerana tak pernah tahu tentang itu. Dang pun khabag belum ada pak we. Jalil dan girlnya tidak maklumkan atau prewarned saya yang Dang sedang diwoo Y Munajat atau sesiapa. Saya pun bukannya jenis yang suka merebut malah mengalah.
Kerana tak sanggup lihat Y Munajat terlalu patah hati dan mengeriau, I had to promise Y Munajat (now probably Prof Y Munajat) berkali-kali not to contact Dang Suria anymore. Saya kata "MCE dan SPM pun dah dekat. Lupakanlah. Anggaplah yang kau lihat tadi tidak berlaku. Mari kita tumpukan perhatian kat exam besar kita! Saya belum asar. Waktupun dah nak habis. Janganlah buat saya miss asar."
Saya berkali-kali memohon maaf. Y Munajat reda bila saya berjanji begitu.
Namun saya sedih juga kerana saya dan Dang Suria baru saja berkenalan dan berdating secara rasmi. Saya pun belum ada girlfriend dan baru first time berdating. Dang Suria is a nice girl. I was beginning to like her. Apatah lagi renungan manjanya. I was gonna miss that.
Apalah nasib saya. Esoknya pula, my best buddy Hafsah refused to talk to me. Sampai beberapa hari. 5E2 girls lain pun pandang den semacam. Puas risik2 akhirnya Noi beritahu yang dia pi sampaikan kat Hafsah berita I "dated" Dang Suria. Rupanya Dang was excited about the date dan khabag kat Noi.
So I had to promise Hafsah not to contact or "date" Dang Suria anymore. Sampai la ni I masih tak faham kenapa Hafsah tak restu Dang Suria although she told me "she was trying hard to get arwah (slained) Faizah Arshad for me"! Betul ke? Susah nak percaya. Tapi terima ajelah alasannya pada masa tu, asalkan my Hafsah mahu bertegur sapa, senyum2 etc. Masa itu, I tak boleh hidup jika my Hafsah terus membisu. Wonder why juga?
I kept my promises sampai la ni (walaupun when she was in UPM, I was her young fellow). So gonelah satu possibility. An S(Hmmmmm...isteri sekarang ini pun S). Wonder if Y Munajat ended up marrying her? Saya ada dimaklumkan rakan-rakan Y bahawa Y menghantar banyak puisi-puisi panjang kepada Dang selepas kejadian itu.
p/s Entri 2010: Bila terdengar lagu Diari Seorang Lelaki Pretty Ugly, teringat saya jelingan manja Dang Suria ni.
Bersambung.....