Sunday, June 03, 2018

Umrah & Tongkeng

Saya bercerita kepada zaujah tentang seorang sahabat Brisbane yang membangkitkan isu umrah dan tongkeng di bulan mulia. Rasanya dia keciwa dengan seorang rakan FB kami yang tak henti menongkeng parti lawan sebelum dan selepas PRU14. Perbuatan ini semakin menjadi-jadi walaupun rakan ini sedang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan yang mubarak ini.


Respons zaujah saya sangat menarik. "Jika ada sahabat kita yang semakin menjadi-jadi menongkeng selepas PRU waimah ketika bersiam dan beribadah hebat di bulan Ramadhan di Tanah Suci, janganlah kita bersedih. Sesungguhnya Allah sedang menguji sahabat itu (dan kita)."


Subhanallah. 

Saturday, June 02, 2018

"K" Sebelum dan Selepas PRU14

Sebelum PRU14 seorang pemimpin (cucu/F2 berdarah 25% migrated India Muslim dari sebelah bapa, telah tersebut terma "K" bagi kaum India non-Muslim. Saya, seorang cicit/F3 yang ada setakat 12.5% India Muslim dari sebelah emak,  memohon agar partinya segera membuat damage control agar pemimpin itu memohon maaf segera. Pemimpin tersebut mengatakan kawan India tak komplen pun. Malah rakan baiknya dan rakan baik saya, the former anak entah F berapa dan mungkin berdarah >50% migrated India Muslim sebelah bapa dan the latter anak/F1 berdarah 50% migrated India Muslim dari sebelah bapa, cepat membela pemimpin itu berkata terma K itu tidak racist dan normal digunakan di utara. Setahu saya di selatan, K terma biasa diguna sebelum pertengahan 70an tetapi diterima sebagai racist sejak 80an. Hanya apabila beberapa pemimpin India menyatakan bangkangan barulah pemimpin tadi meminta maaf. Alhamdulillah.

Selepas PRU14, pemimpin tadi jadi PM tetapi rakan baik saya masih tak berhenti "berkempen" dan menyerang kawan dan lawan PM. Dalam satu posting rakan saya kata "Nasib baik Tok Jib kalah. Jika tidak tentu HSR sampai ke Cina". Saya memberikan respons "Alah kita lawanlah bina HSR sampai ke Kerala." Saya siap ajak dia travel bercuti bersama ke Kerala dan Kashmir. Tiba-tiba dia melenting kata saya racist sebab sebut K for Kerala. Aikkkk sebut Kerala pun lebih racist dari sebut K la ni? Siap warning saya dan mengungkit sampai ke tahap pendidikan kami ;P

Ish ish ish sejak musim PRU14 bermula dan berakhir ramai yang cepat sensitif dan naik hangin tak tentu musim. Agaknya sebut Dato' K, Prof K dan Dr K la ni racist juga??? Sebut Kashmir pun dah tak boleh jugakah? Ke minimum standard jadi kerabat India Muslim ialah 25% dari paternal side? Wah 12.5% maternal side kena discriminate ye? Emak saya dapat 25% India Muslim dan 25% Bugis dari her maternal side. Kira makin cairlah. Mungkin juga ada benarnya. Dalam my FIL side, yang ada line paternal aje boleh carry gelaran Al thing. Kalau nasib baik, orang luar macam ayah saya diberikan gelaran al-Haj ;P Susah juga jadi Caesar salad yang tak cukup mancung.

Saturday, May 12, 2018

Ubah Apa??


PRU14 telah berakhir. PH menang BESAR. Pas menang dua negeri. PM dan TPM sudah dilantik. Tiga menteri kanan telah dilantik. Tetapi 7 menteri yang lain belum dapat dilantik. Agaknya masih berebut? Di masa yang sama masih belum ada perlantikan MB Perlis dan Pahang serta KM Sabah. Banyak yang perlu dilakukan PM.


Tup-tup Rafizi petang ini mengatakan bahawa perlantikan 3 menteri sekarang tidak direstui PKR. Semalam Saifuddin keluarkan kenyataan mahu segera jadikan DSAJ PM ke 8. Jadi apakah ubahnya? Orang muda PKR kelihatan masih berjuang untuk DSAJ bukannya untuk melakukan perubahan kepada Malaysia Baharu. Sedang diserata dunia, dikompang media barat bahawa orang muda Malaysia memilih an old PM to bring the change and chart their future. Apa dah jadi?? Kita memilih untuk Tun Mahathir melakukan pembinaan semula negara atau kita sebenarnya memilih untuk menjadikan DSAJ PM setelah dua dekad GAGAL? Jika ini berlaku, kita mengkhianati rakyat yang mahukan perubahan kepada kemajuan negara, mengurangkan kos sara hidup, memberi lebih banyak latihan dan peluang pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

PH menang besar sebab ramai anak muda dan orang tua yang bukan pengikut PKR, Amanah dan PAP tegar inginkan TM membawa perubahan untuk masa hadapan mereka dan cucu mereka. Mereka memilih TM sebagaimana anak muda Terengganu dan Kelantan memilih PAS. TM wajib diberikan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk memimpin Malaysia. Bukan dengan cepat diganti DSAJ. Kemudian barulah diserahkan. Biarkan DSAJ anak beranak memenang PRUnya sendiri dan bukan dari jalan belakang melalu PRK yang membazir duit.

Orang dulu-dulu selalu peringat anak-anak yang sakan bermain "Jangan suka sangat sampai tak ingat dunia (akhirat), nanti ada yang menangis!" Rakyat Afghanistan telah merasa akibat gumbira sakan berubah. Rakyat Iraq sudah merasa. Rakyat Libya sudah merasa. Semoga kita selamat dari fenomena perubahan yang dirancang negara-negara luar sudah beberapa dekad.




Monday, May 07, 2018

Bulan Di Atas Kuburan II

Of late, ada beberapa perkara yang agak pelik. Antaranya sudah mula trend ziarah kubur ulama menjelang PRU. Sepatutnya kita ziarah ulama semasa hidupnya. Sepatutnya kena rajin ikuti kuliah subuh dan kuliah maghribnya. Rajin baca kitab tulisannya. Tak perlulah bawa limau tambun nak suap ulama. Bawalah ipad ambil nota. Ambil mesej ugama yang disampaikan.

Anihnya ada satu ulamanya semasa hidupnya sering menjadi punching bag seorang pemimpin.yang lama bertakhta. Pemimpin-pemimpin pembangkang muslim dan bukan muslim pula sering bertemunya bila terbuat atau terpalit dosa. Trend ini sangat membimbangkan ketika itu seolah TG tempat "confession" dan pembersihan dosa. Selain itu ada pula pemimpin bukan muslim dari negeri sebelah sanggup mendengar kuliahnya setelah mendapat tanah beribu ekar.

Tup-tup pemimpin yang sering membantai ulama tiba-tiba mula ziarah kubur ulama. Kubur pertama adalah kubur ulama yang tidak sempat melihat the former bermain tahi (kerana nyanyuk). Dirai anak, pemimpin jebon dan wartawan. Rencana kubur seterusnya juga kubur lawan lamanya juga. Malangnya waris-warisnya menghalang. Apakah sudah mula trend mengkeramati kubur ulama untuk menang pilihanraya?

Wednesday, May 02, 2018

Demo Kerat 9

Sejak bulan meninggalkan DSAJ dan PAP, jebons yang mendakwa demokrat Islam pula meninggalkan bulan walaupun beberapa kenyataan dibuat mereka termasuk wamahyaya wamamati bulan kononnya. Kini bulan sendirian dan dipukul dari kiri dan kanan. Jebons, PAP dan lain-lain dalam pakatan memomok rakyat bahawa bulan dah mesra keris. Ramai juga rakan-rakan saya yang termakan racun mereka. Yang dulu bukan main peringatkan orang lain akan bahaya pakatan kepada penggunaan nama Allah dan akidah, sekarang juga sudah termakan racun apabila TM menyeberang barisan.

p/s Rupanya telah terlalu lama saya tidak menulis di sini kerana kesibukan di media lain. Entri terakhir saya sebelum ini adalah di bulan November 2016. Namun entri hari ini rupanya berkaitan juga dengan entri itu.