Saturday, September 17, 2011

Mat Indera

1. Sebelum Bersih 2.0, terdapat usaha sesetengah pihak untuk mengangkat pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya sebagai patriot. Baju-baju T merah dengan print foto Ching Peng, Rashid Maidin dll telah diedar dan cuba diedar kepada masyarakat umum.

2. Pada 21 Ogos 2011 di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera (yang mengetuai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, membunuh dan membakar polis dan keluarga termasuk anak-anak) sebagai hero dan polis sebagai pegawai (talibarut) British. Apabila dia dikecam ramai, dia yang terdesak cuba mempertahankan "kebenaran" dakwaannya menggunakan satu artikel yang ditulis Ismail Haji Adnan (Isbiha) dalam buku "Pengukir Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor. Amatlah lemah jika menggunakan hanya satu artikel sebagai asas debat atau bahas. Kalau guna kaedah ini masuk Bahas Piala Perdana Menteri, pasti pasukan debat tidak akan menang.

Kaedah menegak benang basah Mat Sabu mengusung hanya satu rujukan juga menambah keharu-biruan kontroversi dan hangat didebatkan pakar-pakar sejarah, akademia, ahli politik, bekas pemimpin polis dan tentera serta orang awam. Kepakaran Isbiha dalam bidang sejarah juga diperdebatkan dan dipertikaikan. Malah ada dakwaan bahawa 90% tulisan itu dicedok dari Maklumat Lisan Johor terbitan Biroteks ITM (1987).

Tiba-tiba juga timbul ramai "pakar-pakar sejarah" baharu macam cendawan yang diinokulasi di habuk kayu di kalangan ahli politik dan pengikut-pengikut tegar mereka yang pendidikan dan latihan mereka bukan dalam bidang sejarah. Malah ada saintis dan pakar perlembagaan (perundangan) juga tiba-tiba menjadi pakar sejarah Malaya.

3. Jika rajin merujuk kepada banyak sumber termasuk Abdullah CD, Mat Indera adalah antara pemimpin Regimen ke 10 PKM. Niat asalnya memang murni melawan British tetapi akhirnya dia tertipu dengan helah strategi komunis yang membunuh bangsanya sendiri termasuk anak kecil.

4. Namun apa yang hendak dihairankan. La ni pun telah wujud semula mat-mat indera dalam masyarakat kita. Malah antaranya menjadi pemimpin proksi, sanggup tidur terlentang di jalan raya menghalang kereta raja muda, sanggup mohon derhaka ke sultan, memarahi tindakan JAIS membenteras murtad dan muslim bekerja di premis arak, berarak membawa panji musuh nyata Islam dan lain-lain. Banyak lagi... Kalau dahulu komunis cuba menyerap dalam masyarat Melayu melalui surau dan masjid, kini kita berebut-rebut jemput "musuh-musuh" Islam ke surau dan masjid kita untuk berucap hanya untuk mendapat derma seribu dua.

Sedih juga melihat bangsaku tertipu menjadi mat-mat indera. Lebih sedih jika bangsaku melatih anak-anak kecil mereka tertipu juga menjadi mat indera.

Thursday, June 30, 2011

Meja Kopitiam

Fahamlah saya kenapa susah diajak kerap menziarahi meja kopitiam... dikhuatiri meja tersinggung oleh saya...

Tuesday, April 26, 2011

Bulan Di Atas Kuburan


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu bukti (mukjizat), mereka berpaling ingkar sambil berkata: Ini adalah sihir yang terus menerus berlaku. Dan mereka berdusta serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah. Al Qamar 1-3

DNA anugerah Allah kepada sains forensik. Telur tiruan pun masih belum mampu orang kita buat. Apatah lagi untuk klon DNA manusia dan masukkan dalam jutaan sperma.

Wednesday, April 20, 2011

Melayu Sedarkah?

Kenyataan Gan nampak mudah. Mohon Taib undur kerana Cha tak undi atau percaya dia. Tapi yang tersiratnya yang perlu orang kita sedar. Sejak PRU12 sehingga sekarang, kencenderongan undi Cha masih kepada roket (anak PAP) dan pakatannya. Di Sarawak, ada YB roket menabur petrol agar bangsanya menolak kepimpinan kaum majoriti penduduk asli. Mahu minoriti jadi pemerintah. Kalau kaum asli lain cuma menang 3 kerusi, maksudnya kaum minoriti pendatang (penjajah ekonomi) lah patut jadi KM Sarawak.

Berbalik kepada kenyataan Gan, tersiratnya Tok Jib dan pemimpin mim harus undur kerana walaupun menang PRK of late, undi Cha masih ke sekutu PAP. Lihatlah parti mana yang paling tinggi kerusi di kalangan sekutu PAP? Mereka sepakat untuk menyingkirkan mim dari kepepimpinan negara. Depa guna beberapa antara kita sebagai ali baba. Di negeri permukiman saya ini, walaupun MBnya Melayu, PAP yang menentukan hampir kesemua polisi dan keputusan. Walaupun bulan menjadi sekutu, suara Tok San dll diperap jadi pekasam tuala wanita. Anihnya ramai mim tak mahu sedar.

____
Malaysiakini

Naib presiden MCA desak Taib segera undur
Apr 21, 11 10:27am
Kongsi

32

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina,” kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Beliau juga tidak berselindung dalam membidas DAP, khususnya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng yang menurutnya mengamalkan 'strategi politik perkauman' apabila 'menghasut' rakyat Sarawak menentang SUPP dan melabelkan mereka sebagai 'samseng Taib'.

Beliau juga mendakwa Lim mengelirukan masyarakat Cina dengan mengambarkan seolah-olah MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Cina yang menggesa ADUN SUPP tidak menyertai kabinet Sarawak.

Saturday, April 16, 2011

Thamby, Thamby, Thamby

Kalau rajin surf, interesting juga lihat komen Nalla tentang filem pendek Thamby Bikin Filem. Katanya 99.9% It wasn't me. Berani dia. Tak takut thamby penang tu samankah?