Monday, April 26, 2010

Astora Jabat

Bulan lepas, saya membawa beberapa pelajar saya melawat ladang kupang di Melaka. Sementara menunggu bot di jeti, YB Datuk ADUN yang kebetulan sedang memantau pembinaan jeti tambahan datang menemui pelajar-pelajar saya untuk bermesra(walaupun tak dijemput). Biasanya orang politik. Kena mesra dan tersenyum.

Sambil menanya khabar, dia menghulur jabat kepada pelajar-pelajar saya. Yang lelaki membalas. Namun pelajar-pelajar saya yang berhijab enggan menyambut huluran jabatnya. Tiba-tiba dia naik angin (barangkali malu besar!).

"Siapa pegawai pembimbing pelajar-pelajar ini?" dengan suara yang agak tinggi.

"Saya, Datuk!" dengan senyuman lebar.

"Awak patut tarbiyahkan pelajar-pelajar awak. Pemimpin boleh bersalaman dengan rakyat yang bukan mahramnya. Tidak haram sebab tidak terbit syahwat, bla bla bla..... Budak-budak ni tak faham hukum...bla bla...."

Saya senyum sahaja. Benarlah dia tak kenyet mata atau merenyeh kat pelajar-pelajar wanita saya. Maklumlah dia buta sebelah mata. Kalau mengenyet, tentu langsung tak nampak apa-apa.

YB kemudiannya beredar ke warong bersama orang-orangnya. Saya bangga dengan pendirian tegas pelajar-pelajar wanita saya. Saya harap naiwatu mereka betul. Bukan kerana YB separa OKU, kurang hensem dan pakai S class 80an!

Foto (Minaq Jinggo): Pak Syeikh menjabat zaujah Kamalanathan di Hulu Selangor disaksikan Umar Abdul Aziz Al-Penang dan Ustaz Xavier (Zubir?) Al-Andalasia.

Saturday, April 24, 2010

Buah Cempedak Di Luar Pagar

1. PRK Hulu Selangor ini agak menarik... Teringat saya sebuah pantun lama.

Buah cempedak di luar pagar; calun satu katak, kenapa banyak katak lompat keluar (pagar)?

Rupanya katak-katak biru muda ini ada bermacam-macam rupa.

2. Ada yang bermata merah. Yang ini dikatakan spesies Dr Halili atau Ezam. Akhirnya jenis ini lompat ke rumah merah. Ada yang lepas jawatan TKM, ada yang masih YB, ada yang dapat jadi Senator....


3. Ada yang bermata dan tapak tangan hijau. Yang ini spesies mantan reformis ARO. Akhirnya jenis ini lompat ke rumah hijau. Jenis yang ini so far tidak pernah dikutuk sahabat sepakat. Malah kita beri mereka jawatan. Ada yang jadi Timbalan Lajnah. Ada yang jadi YB.

4. Ada yang bermata hitam dan bertompok hitam. Spesies ini spesies mabuk. Lagi kuat mabuk, lagi banyak tompok hitamnya. Bila dah masuk rumah kita, dia jadi tak pandai lompat keluar. Kecuali bila rumah dan pagar kita roboh.






5. Ada juga yang mata hitam hijau. Badan tak bertompok. Yang ini spesies naif yang ada kecenderongan kehijauan. Mudah kena tipu katak-katak biru yang lain. Namun spesies inilah yang kuat berbunyi bila excited.


6. Ada juga yang belakangnya hitam bergaris kuning di tangan dan badan. Jenis ini jenis beracun. Ada yang panggil spesies ini spesies Nalla. Yang jenis ini bila lompat keluar, mungkin buat rumah baru atau balik rumah lama.

7. Ada banyak lagi spesies, tak larat nak cerita semua.

8. Bagaimanapun katak ini haram dimakan berdasarkan hadis berikut.

Narrated AbdurRahman ibn Uthman:
When a physician consulted the Prophet (peace_be_upon_him) about putting frogs in medicine, he forbade him to kill them. Abu Daud 28: 3862

Sunday, April 18, 2010

Cupcakes

1. Malam tadi ada ada drama "Cinta Kek Cawan" di TV3. Tak ingat samada saya tonton sampai habis.

2. Elok-elok saya berehat di bilik tengahari ni, anak bongsu saya merayu-rayu saya membantunya membuat cupcakes. (Bahan-bahan telah dibelinya semalam. Plan asal akan membuat cupcakes bersama ibunya.) Pelik juga biasa tengah-tengah hari minggu begini dia akan terperap di bilik berfacebook. Maklumlah saya memberinya access net hanya pada hari minggu.

3. Kerana ibunya berkerja hari ini dan kakaknya keluar belajar memandu, terpaksalah saya membantu sehingga kakaknya pulang. Nasib baiklah masa kecil-kecil dulu saya menolong ibu setiap menjelang raya membuat cookies and cakes. Berguna juga untuk mengajar anak bungsu itu membuat cupcakes (sebenarnya saya belum pernah buat cupcakes). Saya cuma assume kaedahnya serupa membuat kek.

4. Setelah membancuh dan mengisi dalam bekas-bekas cupcakes. Saya pergi menonton TV. Dari kecil itu pun kerja saya. Buat kuih sehingga siap bancuh, cetak cookies atau masuk ke bekas kek. Bab memasak di oven itu kerja ibu dan Kak Long saya. Kakaknya, telah pulang dari kelas memandu, menolongnya menjaga oven.

5. Sedap juga plain cupcakesnya yang dihasilkan kami. Lepas masak sibuk dia dan kakaknya membuat icing dan menghias cupcakes. Resipi icing kakaknya. Lepas makan beberapa cupcakes saya leka menonton channel 734.

6. Dah lewat petang, sewaktu saya membuka fridge untuk mencari jus red carrot, saya terkejut besar melihat hiasan cupcakes yang dihasilkan anak dara 13 tahun. Hasil dari percubaan pertama.

7. Isteri saya juga terkejut dengan hiasannya. Kakaknya juga terkejut setelah hanya mengajarnya membancur icing dan warna serta kaedah melukis icing. Ini adalah sebahagian cupcakes yang dihasilkannya.

Wednesday, March 31, 2010

Laknat Allah


1. Sahabat-sahabat saya berbangga menunjukkan keratan akhbar ini semalam melalui e-mail , bulletin board alumni dan facebook. Mereka menyelar 1M tak takut laknat Allah. Tersenyum kambing saya.

2. Seorang junior membalas tulisan seorang bro dari Parlimen Carlsberg "Bro M (saya) sudah suruh tutup Carlsberg.

3. Lalu saya sambung begini:

1. Betul(lah) tu (saya dah lama suruh tutup Carlsberg. Saya pun tak faham kenapa YB belum mahu tutup Carlsberg tapi ghairah nak bina kuil besar di kawasan Melayu).

2. Barangkali mereka (orang Brunei) lebih takut kerana cuma ada satu sultan dan satu mufti. Kita lebih berani kerana ada banyak sultan, banyak mufti dan banyak tuan-tuan guru dan tok-tok guru yang hebat. Tu yang kita kurang takut laknat Allah. (Doa kita belum habis serakaat pun hujan yang berebut turun!)

Malah kerajaan TG(HA) kita dulu pun pernah tambah lesen hamar. Alasan lazim keperluan memenyu kufr dzimmi.

Mungkin juga kufr dzimmi Brunei beriman kepada Allah sepertimana rakan-rakan Borneo kita. Bilangan kufr dzimmi mereka sahih tak seramai kufr dzimmi kita. Tu yang kita wajib tambah lesen!

Tok San Li pernah nak jadikan Shah Alam hamar free. Tapi ada rakan-rakan sekapal tak setuju. Tu yang kita sokong mereka mempercayai Allah. La ni Tok San senyap sepi. Mungkin bila dah mempercayai dan nak guna senang nak beriman.

3. Tulah yang hebat kita. Masa memerintah (Darul penyu) tambah lesen hamar. Masa memerintah (Darul Carlsberg wal Anchor) kilang hamar belum mahu ditutup. Kita tumpang berkat hitaqullah Brunei ajalah gamaknya. Kita kebal laknat gayanya. Bagan Serai pun masih kebal nampaknya.

4. Begitulah cerita 7 hari 7 malam.


4. Di facebook another sahabat, seorang Dato memaparkan ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ” Hadith Riwayat Anas

5. Agaknya lesen ditambah TG kerana penambah lesen tak termasuk dalam hadith di atas kot!

Wednesday, March 24, 2010

Haji Mustafa

1 March 2010

1. Lewat petang semalam, saya dan isteri baru keluar hendak menziarahi ibu mertua yang kebetulan berada di rumah adik ipar apabila jiran sebelah rumah Dr N called.

"Ni nak beritahu, Mustafa belakang rumah you meninggal pukul 4.30 petang ni. Dilanggar model plane."

"Eh betul ke ni?"

"Ya saya berada di rumah mayat Hospital Putrajaya sekarang. Malam ini akan diadakan yassin di rumahnya. Tolong beritahu jiran-jiran semua!"

2. Saya yang masih di taman perumahan kami, berpatah semula menemui dan menelefon/SMS jiran-jiran lain. Jiran-jiran kebingungan.

3. Sebelum isyak saya dan isteri ke rumah Mustafa. Benarlah dia telah meninggal. Saya rasa dah lebih dua bulan kami tak berjumpa di atas kesibukan masing-masing. Dia sering outstation lately.

4. Rupanya pagi semalam dia bergegas seorangan untuk bermain model airplanes around 10.30am. Lupa wallet, handphone dan kunci kereta. Guna spare key. Biasanya dia pergi jam 7 pagi. Walaupun ditegah zaujah, dia kegianan.

5. Sedang beliau bercangkung menguruskan airplanenya, dia dilanggar sebuah airplane lain yang kemungkinan hilang kawalan around 11am. Parah di kepala. Pemain-pemain lain mengalami masalah menghubungi waris beliau. Nasib baik ada geran kereta di kereta.

6. Beliau dikatakan koma sejak 2.30 pm sehinggalah meninggal pada 4.30 pm (Hospital Putajaya). Di majlis yassin, kami dikhabarkan jenazah akan dibawa ke rumah setelah selesai autopsi kira-kira jam 12 tengahari.

7. Namun awal pagi tadi, N jiran sebelahnya SMS "Jenazah pulang jam 5 pagi tadi. Kita akan urus jenazah sebentar lagi".

8. Setibanya di rumah Mustafa, sudah agak ramai orang kampung Jalan Kebun di situ selain rakan-rakan arwah. Bro-bro karkun yang volunter bersungguh-sungguh memandikan dan menguruskan jenazah.

9. Setelah dikafan dan disolat, jenazah dikirim ke Ipoh untuk pengebumian selepas zohor or asar. Darahnya masih menjejes walaupun sudah dimandikan dan dikafankan.

10. Haji Mustafa is only 48.