Saturday, July 21, 2012
Ramadhan Mubarak Datang lagi..
Alhamdulillah saya masih dapat menyambut Ramadhan lagi serta mengerjakan ibadah. Tahun ini agak istimewa kerana dapat banyak berpuasa sunat dua bulan sebelumnya. Allah memberi banyak nikmatnya kepada saya tahun ini... Antaranya diberikanNya kesihatan, kenaikan pangkat, kemurahan rezeki... Dan paling best anak-anak dan zaujah ikut turun ke masjid untuk berjemaah isyak dan tarawih. Berjalan mengikut mereka dalam telekong terasa seperti ke Masjidil Haram. Sebenarnya anak-anak yang beriya-iya mahu ikut. Anak sulung juga meminta dibelikan hijab dan anak bongsu juga mahu berhijab ke sekolah. Semoga hijrah mereka berkekalan. InsyaAllah.
Friday, March 23, 2012
Adab Memberi
Narrated Ibn 'Abbas: The Prophet said, "One who takes back his gift (which he has already given) is like a dog that swallows its vomit." Bukhari 3:47:762
Saturday, January 14, 2012
Keramat Hidup
MasyaAllah untungnya kita berada di Malaysia... sudah turun imam mahdi. La ni turun pula keramat hidup.. AllahuAkbar! Subhanallah! Saya pun semakin keliru ... imam mahdi sepatutnya jadi pembantu Isa A.S. Tak pula disebut keramat hidup ni pembantu imam mahdi?
_____
Malaysiakini
Saat genting Nik Aziz di hospital
Salhan K Ahmad
6:32PM Jan 14, 2012
Kehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini.
Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar.
Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.
Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata
Wan Abdul Rahim.
"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.
"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.
"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali.
Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN.
Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini.
"Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'
"Kalau kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.
Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni.
Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan.
Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz.
Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid.
Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi.
Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Monday, January 09, 2012
Sunday, January 08, 2012
Demi Dajal
Tewas juga Tok San kepada Dajjal dan mat-mat indera... Nak buat lagu mana dah dajjal diangkat sebagai imam mahdi...
Subscribe to:
Posts (Atom)