Thursday, November 17, 2016

Anih Sekali

Di sekitar hujung 90an, seorang pemimpin, FN marah kepada seorang pemimpin, M kerana memenjarakan seorang pemimpin rakannya A. A dipenjara bila thabit satu kesalahan. FN meramalkan bahawa M sudah bermain tahi (nyanyuk) apabila A keluar dari penjara. Malangnya FN tak panjang umur dan tak sempat lihat A keluar penjara.

Apabila A keluar penjara, M sudah tidak memegang tampok kuasa. M tidak nyanyuk dan tidak main tahi pun ketika itu. Sihat dan  mental terus sharp.

Now tampok kuasa dah bertukar dua kali. A sempat naik semula tetapi sebagai KP. A sempat cuba membuat gerakan-gerakan politik mengarut. Angan-angan jadi PM tak jadi. Angan-angan jadi MB tak jadi. Angan-angan jadikan bini MB tak tadi. Selain tu, A buat kerja lama. Bad habits sukar dibuang..Akhirnya A masuk semula penjara bila thabit kesalahan dotdotdot. Bilalah nak bertaubat?

Setelah A masuk semula penjara, M pula la ni tak sebulu dengan pemimpin klepto sekarang. Anihnya tiba-tiba geng-geng A dan sebahagian geng-geng FN mula bersahabat dan berpakat dengan M. M siap pakai button Bebaskan A. Apakah ini bermakna ramalan FN bahawa M bermain tahi sudah bermula?? Jika benar ramalan itu, bukan tahi-tahi itu sebenarnya A dan geng-gengnya, Bukankah ia juga bermakna FN pernah bermain-main dengan tahi-tahi itu long before ramalannya mungkin jadi kenyataan?  Apakah M sudah mula nyanyuk? Atau sebenarnya M masih hebat bersilat dan hanya berhajat nak permainkan tahi-tahi itu?

Pilihan semakin sukar. Harap-harap parti tinggalan FN tak akan join geng tahi atau klepto. Jika ia join salah satu dari mereka, maka rakyat sudah tiada pilihan yang terbaik dan tiada masa depan.