Saturday, July 21, 2012
Ramadhan Mubarak Datang lagi..
Alhamdulillah saya masih dapat menyambut Ramadhan lagi serta mengerjakan ibadah. Tahun ini agak istimewa kerana dapat banyak berpuasa sunat dua bulan sebelumnya. Allah memberi banyak nikmatnya kepada saya tahun ini... Antaranya diberikanNya kesihatan, kenaikan pangkat, kemurahan rezeki... Dan paling best anak-anak dan zaujah ikut turun ke masjid untuk berjemaah isyak dan tarawih. Berjalan mengikut mereka dalam telekong terasa seperti ke Masjidil Haram. Sebenarnya anak-anak yang beriya-iya mahu ikut. Anak sulung juga meminta dibelikan hijab dan anak bongsu juga mahu berhijab ke sekolah. Semoga hijrah mereka berkekalan. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)