Saturday, December 22, 2012

Islam Demo kerat 4

Tahlil anak-anak yang terkorban di Newton, USA.

Tragedi di Newton adalah sangat trajis. Tetapi tidak setrajis pembunuhan kanak-kanak di Afghanistan, Iraq, Palestine, Pakistan dan lain-lain yang melibat tentera Amerika dan sekutunya. Beratus ribu anak-anak Iraq dibunuh Amerika berbanding 26 yang terbunuh di Newton.

Anihnya cara tahlil mereka seolah-olah meniru style kita? Atau kita yang sebenarnya meniru mereka?

Tahlil Teo Beng Hock

Limau Tambun

4 butir limau tambun, 4,000 ha terhimpun?
Beberapa bulan dahulu, dua pemimpin sepupu telah menziarahi seorang pemimpin Islam di Serambi Mekah. Depa serah beberapa limau tambun (dan sekotak bird nest) kepada pemimpin ini. Mereka kemudiannya turut duduk bersila mendengar ceramah ugama pemimpin itu dalam Masjid Pulau Melaka. Gumbiralah sesuatu puak mewar-warkan dua sepupu sudah dekat kepada Islam. Saya pun ingatkan benarlah penganut nasara itu sudah mendapat hidayah.

Beberapa hari ini hebuh di akhbar-akhbar on-line alternatif, rupanya mereka ke Serambi Mekah bukannya untuk mendapatkan hidayah (هداية) tetapi untuk mendapatkan masyjarah (مَشْجرة) lebih 4,000 hektar. Terserlahlah sekarang rahsia hadiah limau tambun dan dengar ceramah. MasyaAllah hebatnya limau tambun. Bukan simbol hidayah tetapi masyjarah (timberland).


_____
The Malaysian Insider


DAP leader refutes Kelantan land-for-Perak MB deal

By Ida Lim
December 22, 2012
KUALA LUMPUR, Dec 22 — Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham has admitted to being a director in a logging firm awarded land in PAS-led Kelantan but refuted that the project was in exchange for letting the Islamist party take the silver state’s mentri besar post, the New Straits Times (NST) reported today.
Ngeh told the English-language daily that he and another Perak DAP lawmaker, Nga Kor Ming, had invested in the project but stressed that the deal was above board.
“The Inland Revenue Board is aware of this transaction. So is the federal government.
“The federal government even gave out a loan as the project is for the good of the country,” the Beruas MP was quoted as saying by the NST.

4 butir tambun bersandar di tiang
Last Thursday, Barisan Nasional (BN) assemblymen alleged in the state assembly that both Ngeh (picture) and Nga had been awarded a piece of land, said to be worth RM30 million, and linked it to the appointment of PAS’s Datuk Seri Nizar Jamaluddin as Perak mentri besar after the 2008 general election.
Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib was reported as saying that Ngeh and Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd had bought 4,000 hectares in Gua Musang, Kelantan for a logging project. The BN assemblyman for Slim claimed that Nga, the Perak DAP secretary, was also involved.
At a press conference yesterday, Ngeh, who is also a lawyer, had explained that the Perak duo had invested in the project upon invitation by their client Upaya Padu Plantations Sdn Bhd.
Yesterday, The Star Online reported Ngeh as saying the original sales and purchase agreement of the land was signed in May 3, 2006, which he said showed that the claims against him and Nga amounted to slander.
Khusyuk ke masyuk?
“This shows that the transaction between Yayasan Islam Kelantan and Upaya Padu Plantations Sdn Bhd was conducted even before Pakatan Rakyat was in power in 2008.
“Therefore claims that the land was given to us by PAS in exchange for a mentri besar position are slander.
“As a lawyer maintaining my professional ethics, I could only reveal that the group of investors, who were also my clients, only purchased the company this year.
“It is only a personal transaction and a private sector investment into the state,” he was quoted as saying by The Star Online.
Both Ngeh and Nga, who are cousins, are also lawmakers for the Sitiawan and Pantai Remis state seats.
Ngeh was reported as saying he will sue those who have defamed them over this matter.

Friday, November 16, 2012

Islam Demo kerat 3

Bila ditimpa musibah, dulu-dulu tok-tok guru selalu mengingat agar bersolat hajat dan memanjatkan doa supaya kita dapat mengatasi musibah. Kadang-kadang solat hajat mega diadakan sampai satu stadium. Kerap tok-tok guru mengingatkan ayat Al-Mu'min "Berdo'a kepadaKu niscaya akan Ku-perkenankan bagimu". Acapkali tok-tok guru mengingatkan sedang nabi-nabi juga diberikan ujian. 


Namun kini, dengan fahaman baharu liberal, plural dan Islam demo kerat yang dipelopori "Imam Mahadi", umat Melayu bermain lilin bila ditimpa musibah kecil. No more solat hajat mega atau mini. Ketua majlis ini ialah salah seorang peguam Mohammad Najeeb A.Kasghari, seorang kolumnis dan wartawan di akhbar Arab Saudi yang ditangkap di Malaysia kerana menghina Rasulullah s.a.w.

MasyaAllah. Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan fatwa bahawa candle virgil ini HARAM. Tok-tok guru main tutup mata kerana mementingkan  perjuangan mendapat kuasa  dari mempertahankan akidah umat Melayu.

_____
Malaysiakini


Solat hajat modern?
Nyalaan lilin sokong Ahmad di Dataran Merdeka

  • Koh Jun Lin
  • 12:38PM Nov 8 2012
Kira-kira 100 penyokong Ahmad Abdul Jalil, termasuk ahli keluarganya, berkumpul menyertai nyalaan lilin di Dataran Merdeka malam tadi, menggesa supaya beliau dibebaskan.

Mereka termasuk ibu bapanya, lima daripada sembilan adik-beradiknya, dan beberapa orang sepupunya, menyertai orang ramai memegang lilin dan poster yang menggesa supaya Ahmad dibebaskan.
NONEHimpunan tersebut, yang diketuai oleh penyelaras Lawyers for 
Liberty, Fadiah Nadwa Fikri (kanan), bermula sekitar jam 9 malam, dengan dipantau oleh kira-kira 10 anggota polis.

"Beliau telah tidak diberi hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau tidak pernah diberi hak untuk berjumpa peguamnya. Beliau telah tidak diberi haknya untuk berjumpa keluarganya.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada beliau. Kami amat bimbang akan keselamatannya, dan kami berada di sini untuk menuntut pembebasan Ahmad," katanya sebelum menyerahkan hailer untuk ahli keluarga Ahmad.

Ahmad telah ditahan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina Sultan Johor dan dibawa ke Johor Bahru.

Beliau kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan, tetapi ditahan semula di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Tahanan reman terhadapnya sepatutnya 

Sunday, October 07, 2012

Islam Demo kerat 2

Just teringat seorang seniman di zaman merudumnya sebelum meninggal dunia membuka kedai mahjong untuk mencari wang. Ternyata usaha ini tidak membawa berkat kepada beliau kerana masih terus kesempitan wang sehingga akhir hayatnya.

____
Sinar Harian

Adun gesa iktiraf mahjong
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Oktober 2012
Adun gesa iktiraf mahjong
Sivanesan (kiri) dan Jenice (dua kiri) menjelaskan isu kes kepada media.
AMPANG - Kerajaan digesa tidak melabelkan permainan mahjong sebagai aktiviti perjudian di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai , Jenice Lee Ying Ha berkata, aktiviti bermain mahjong tidak wajar dikategori sebagai perjudian selagi ianya tidak melibatkan sebarang wang perjudian kerana ia antara tradisi masyarakat Cina bersosial.

“Adalah tidak wajar mahjong dianggap judi kerana masyarakat Cina secara tradisinya sejak dulu lagi menganggap aktiviti ini sebahagian daripada mereka mengisi masa lapang.

“Bermain mahjong ini juga secara saintifiknya mampu mencergaskan minda pemain dan menguatkan ingatan terutamanya kepada golongan berusia yang bermain untuk mengisi masa lapang,” katanya kepada Sinar Harian selepas Mahkamah Majistret Ampang menggugurkan pertuduhan terhadap lapan orang yang didakwa berjudi bermain mahjung pada 3 April 2012 di Taman Seraya.

Sementara itu, Adun Sungkai, A Sivanesan berkata, sudah masanya kerajaan mengiktiraf permainan mahjung ini dan tidak dikategorikan sebagai perjudian

"Bagaimana pusat peranginan Genting Highland dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian secara terang-terangan dan permainan mahjong dilabelkan perjudian sedangkan ia adalah sebahagian tradisi masyarakat Cina sejak turun temurun," katanya.

Islam Demo kerat?

Semakin terserlah kehebatan Bro Umar Abd Aziz. Mat Sabu tentu syok. Karl G pasti juga syok jika minuman ini dihasilkan dari kilang di kawasan Parlimennya. Happy le demo ye..

______
At Taubah 78: Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?

Thursday, October 04, 2012

Selepas terkuburnya Islam Hadhari

Bila Pak Lah terpaksa turun maka terkuburlah Islam Hadharinya... Tup tup sekarang tumbuh satu Islam baharu. Islam Demokrat... Huk alah... Subhanallah.
_____
Malaysiakini

We’re Islamist democrats, says PAS leader

After 64 years in political existence, PAS has “come of age”, according to the executive director of the party’s research institute, Dzulkefly Ahmad, who is a member of the progressive faction in the Islamic party called the Erdogans. “(We are) no longer Islamists, but Islamist democrats,” Dzulkefly described PAS at a forum in Kuala Lumpur.
This, he explained, was in line with the changing stance of Islamists worldwide, as was observed during the Arab Spring in the Middle East. 

Established before Merdeka as the Pan-Malayan Islamic Party or PMIP, it changed its name to Parti Islam Se-Malaysia or PAS in the 1970s. 

According to the MP for Kuala Selangor, Islamists are globally shifting from their “Islamic state doctrine” and moving to articulate their message in a language more easily understood by the general populace and in a more genial way. 

“It is all about how we profess our obedience to God in the most critical of issues, which is governance and government,” Dzulkefly told a forum titled ‘Beauty and the Beast’, organised by think-tank Refsa at Publika Solaris Dutamas yesterday afternoon. 

 And through governance and government, Dzulkefly said, it became the duty of a Muslim to contribute all efforts to make the world a better place for all. 

Such responsibility is part and parcel of the Islamic faith, which facilitates not only human relationship with God, but also the relationship among humans and their joint stewardship of this Earth. 

The ‘new age’ Islamist democrats, Dzulkefly said, only want to play their part in the democratic governance process and do not seek to force their views – be it political or religious – on anybody. “It is all about good governance,” he added.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Mubarak Datang lagi..

Alhamdulillah saya masih dapat menyambut Ramadhan lagi serta mengerjakan ibadah. Tahun ini agak istimewa kerana dapat banyak berpuasa sunat dua bulan sebelumnya. Allah memberi banyak nikmatnya kepada saya tahun ini... Antaranya diberikanNya kesihatan, kenaikan pangkat, kemurahan rezeki... Dan paling best anak-anak dan zaujah ikut turun ke masjid untuk berjemaah isyak dan tarawih. Berjalan mengikut mereka dalam telekong terasa seperti ke Masjidil Haram. Sebenarnya anak-anak yang beriya-iya mahu ikut. Anak sulung juga meminta dibelikan hijab dan anak bongsu juga mahu berhijab ke sekolah. Semoga hijrah mereka berkekalan. InsyaAllah.

Friday, March 23, 2012

Adab Memberi

Narrated Ibn 'Abbas: The Prophet said, "One who takes back his gift (which he has already given) is like a dog that swallows its vomit." Bukhari 3:47:762

Saturday, January 14, 2012

Keramat Hidup

MasyaAllah untungnya kita berada di Malaysia... sudah turun imam mahdi. La ni turun pula keramat hidup.. AllahuAkbar! Subhanallah! Saya pun semakin keliru ... imam mahdi sepatutnya jadi pembantu Isa A.S. Tak pula disebut keramat hidup ni pembantu imam mahdi?

_____
Malaysiakini

Saat genting Nik Aziz di hospital

Salhan K Ahmad
6:32PM Jan 14, 2012

Kehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.

Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata
Wan Abdul Rahim.

"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.

"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.

"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali.

Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini.

"Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'

"Kalau kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.

Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni.

Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan.

Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz.

Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid.

Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi.

Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Monday, January 09, 2012

Imam Mahdi..

Hari ni sahlah terangkat imam mahdi..

Sunday, January 08, 2012

Demi Dajal

Tewas juga Tok San kepada Dajjal dan mat-mat indera... Nak buat lagu mana dah dajjal diangkat sebagai imam mahdi...