1. Orang Melayu sedang ghairah menolak pengajaran Sains dan Matematik dalam BI. Mereka mendakwa mereka pejuang BM dan menolak PPSMI untuk mendaulatkan BM bahasa rasmi negara. Anihnya sebilangan besar mereka adalah mereka yang dahulunya berpendidikan Inggeris.
2. Dalam keghairahan itu, Nasara menuntut hak untuk menggunakan perkataan Allah. Last week mulanya dibenarkan. Dua hari lepas itu, ditarik balik. Apalah Pak Albar. Flop Flip sedangkan orang lain flip flop.
3. Khamis minggu lepas, selepas zohor, saya didatangi seorang teman baik, Albert seorang Nasara tua. Beliau "mengamuk" marah tidak dibenarkan menggunakan "Allah".
Alasan beliau seperti kaum sekutunya mahu "Allah" untuk bumiputera Sabah dan Sarawak yang hanya pandai berbahasa Melayu. Lagi pun Sikh boleh guna. Tapi beliau lupa (or buat-buat lupa) pengasasnya pernah belajar di Mekah dan Iraq.
Saya bertanya kenapa baru sekarang meminta dan mendesak setelah lebih 50 tahun Merdeka? Kenapa dulu Nasara dan lain-lain menentang penggunaan "Allah" sewaktu merangka Rukun Negara dengan alasan kalau guna "Allah" bermakna negara Islam sedang mereka tidak mahu negara Islam.
Saya kata orang Melayu guna "Tuhan" untuk God beribu-ribu tahun sedangkan "Allah" adalah perkataan Arab dan diambil dari Quran. Jika mahu mendaulatkan bahasa Melayu, bukankah "Tuhan" lebih Melayu dan lebih tepat? Orang Asli pun beribu tahun mengguna "Tuhan".
Beliau memberitahu Nasara di negara Arab, India dan Pakistan guna "Allah".
Saya kata benarlah kerana tetapi perkataan Arab? Saya tanya Injil asalnya diturunkan dalam bahasa apa?
Dia segera menjawab "Hebrew!". Nasib baik dia tidak kata Latin kerana zaman ni, katholik mementingkan Latin!
"I thought you have once told that Islam was created by copy cat Arabs (kufr in his term) from Christianity." So apa alasan nak guna bahasa Arab yang tak berguna itu?
Dia perlahan dia kata "Tiada alasan kukuh!"
But we all know alasan tersirat sebenar di sebalik desakan itu.
4. Di Parlimen baru-baru ini, YB Taib Azamuddin menyatakan Allah hanya untuk orang Islam kerana ia melibatkan tauhid keEsaan. Anihnya TG Mursyidulnya menyokong hak penggunaan Allah di kalangan Nasara. Kadang-kadang kita jadi munafik untuk membahagiakan rakan sepakatan kita dan bukannya Allah serta perpaduan dan keutuhan ikam umat Islam.