Monday, October 30, 2006

Butang Suasa, Teluk Belanga II

1. Last year, a week before Ramadhan, my mum passed away.

2. This is the second year I celebrated my raya as a yatim piatu. 2 weeks before raya, I went back to Muar to have tailor-made my new baju raya. A teluk belanga of course. However, I can only have it 2 weeks after raya.... So kena pakai "bajuuu... lammma!" Yang 4 tahun dulu pastinya my ipars and birases won't perasan.

Frust tak dapat baju baru... I teringat nak cari butang baju teluk belanga tu yang dah 5 tahun den idamkan.... Dah puas cari di Klang Valley tapi most goldsmiths tak tahu pun apa dia butang baju melayu teluk belanga. Even all the malay salesgirls pun tak pernah dengar butang baju teluk belanga or baju johor! Perak betul. Cuma terdapat satu kedai di One Utama tapi tak berkenan dan emas pula.....

Terlanjur balik BP lepas tempah baju, singgahlah kat kedai2 emas di the Store... Most kedai tak tahupun apa butang teluk belanga. Hanya satu kedai emas cokia/tradisional aja yang ada jual butang teluk belanga dan suasa pula. Den berkenan dengan yang square tapi ada sikit imperfection kat satu bucunya i.e. tak betul2 perfect square. Tak le beli... dan masa suntuk.... But my Siti pula yang terberkenan and bought a butang emas teluk belanga for herself. Den gigit jari ajalah.

3. A day before raya dalam hujan lebat, meredahlah den dan my Siti ke hujung Jalan Rahmat... Masuklah kami ke berbagai2 kedai emas di Jalan Rahmat-Jalan Arab? sebaris Sing Kong Cermin Mata... Banyak pula kedai2 emas multi generasi.... Sudahnya jumpa juga butang suasa square yang dicari (walaupun lain sikit dari yang diidam?)... Harga murah pula.... Terus beli sampai 2 butir... satu square kebiruan & satu oval crystal clear. Hujan lebat pun terus terhenti.....!!!

4. This raya dapatlah den bergaya dengan butang suasa baru dan baju teluk belanga lama.....

Butang Suasa, Teluk Belanga I

Written: July 28, 2004

When I was young, my mum jahit sendiri my baju raya Melayu Teluk Belanga. Bila dah masuk Darjah Lima, I insisted tak mahu baju teluk belanga. I selamba told my mum "Alamak dah tak style...!". Memang teringin sangat nak pakai cekak musang spt kawan-kawan anak orang berada sikit. Juga segan pakai seluar cerut. Terpaksalah ayah bawa pi tempah di kedai kerana my mum tak pandai buat baju cekak musang & seluar moden berzip. So I kept on wearing only cekak musang till a few years ago bila I realised that I should be proud of teluk belanga & my mum's jahitan. But my mum dah tak larat menjahit la ni! Mata pun dah kurang nampak. So beli aje yang siap di kedai sahaja. Dulu masa my mum nak bagi her best work/creations, first class dan percuma, saya BERDEGIL tak nak. Apa boleh my mum buat walaupun I was still staying in her house?

Orang memberi, kita merasa
Orang tak sudi, nak salahkan siapa?